Monday, May 25, 2009

Study..Study..Research..Research..And ?

Hmm minggu lepas agak penatlah juga study dan menjalankan penyelidikan berkaitan PhD ni. Kalau ikutkan di Denmark ni cuti hari Khamis lepas. Jadi ramailah yang mengambil peluang untuk bercuti sebab hari Jumaat tu boleh minta cuti + hujung minggu pula. Akan tetapi pada hari Khamis, Sabtu dan Ahad tu jugalah saya pergi ke universiti untuk menyelesaikan kerja-kerja sebelum nak jumpa penyelia pada hari Isnin (25 Mei 2009). Tapi ada juga pelajar-pelajar PhD yang lain yang juga bertungkus-lumus membuat kerja termasuk roomate saya pada waktu cuti ni.

Saya lebih suka buat kerja di sana kerana banyak menggunakan komputer (programming) dan malas nak transfer file yang berkenaan + komputer yang lebih laju untuk run program berbanding laptop yang dipenuhi dengan pelbagai perisian ni. Walaupun penat, saya rasa puas kerana dapat menyelesaikan apa yang sepatutnya. Tapi mungkin disebabkan kadang-kadang terasa macam ada membuang masa juga, sebab tu sampai waktu cuti + hujung minggu pun kena buat kerja. Mungkinlah hehe. Tapi ni saya dah buat jadual waktu harian ni harap-harap bolehlah ikut dengan berdisiplin.


Apapun, saya mendapat nasihat-nasihat yang menarik mengenai pengalaman cuti belajar ni. Selain untuk memperolehi ilmu dan melatih diri untuk menjalankan penyelidikan, kita mesti mengambil peluang berada di luar negara ni untuk mengenali budaya masyarakat luar, bergaul dengan masyarakat setempat atau pelajar-pelajar daripada negara yang lain, melihat tempat orang dll agar kita dapat membawa pulang satu pengalaman yang menarik yang dapat menjadikan kita lebih matang selain tidak melupakan matlamat utama berada di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...