Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas, 16 Mei 2009 saya dan isteri telah mengadakan housewarming di apartment kami di Lyngby Torv 2. Para tetamu mula datang pada jam 2.30 petang dan bacaan Yaasin dan doa selamat telah diadakan pada lebih kurang jam 4.00 petang. Housewarming ini adalah sempena ketibaan kami di Denmark dan semoga segalanya berjalan dengan lancar sepanjang kami berada di sini dari segi kesihatan, keselamatan dan juga kejayaan kepada saya agar InsyaAllah dapat membawa pulang segulung ijazah.
Antara hidangan yang disediakan oleh tuan rumah adalah nasi, sambal tumis udang masak petai, dalca daging, spagetti, ikan bakar, bergedil, strawberi bersalut coklat, buah anggur, goreng pisang dan lain-lain. Semua tetamu telah berangkat pulang pada lebih kurang jam 6.45 petang. Nanti bila-bila lalu sini singgahlah ye, jangan malu-malu pulak..
No comments:
Post a Comment