Showing posts with label Salam Perantauan. Show all posts
Showing posts with label Salam Perantauan. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan

Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-54 buat seluruh rakyat Malaysia. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada kami sekeluarga di Copenhagen, Denmark. Khas buat keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali diri kami, sila klik di sini untuk melihat ucapan Salam Perantauan kami yang disiarkan secara online di Utusan.com.


Sila layan gambar-gambar shooting raya kami (terutamanya Eilman) yang di ambil di Frilandsmuseet, Lyngby.







Wednesday, October 7, 2009

Kami @ Berita Harian Lagi

Nampaknya memang glamer la kami tahun ni. Dah 2 kali dah masuk paper ni hehe. Jika dulu gambar saya dan Wawa berdua sahaja, kali ini gambar kami ramai-ramai yang terdiri daripada sebilangan Masyarakat Melayu di Copenhagen Denmark pula. Layan jela hehehe..Credit to Ain again for the picture..

Wednesday, September 30, 2009

Salam Perantau @ Berita Harian

Jika dulu ucapan Salam Perantauan kami dipaparkan secara online di dalam laman web Utusan (lihat sini), kali ini ia dipaparkan di dalam laman web Berita Harian pula (lihat sini). Yang menariknya juga, ucapan Salam Perantauan kami pada kali ini dipaparkan juga di dalam akhbar Berita Harian, Khamis 24 September 2009. Perasaan tu memang teruja dan gembira la sebab berjaya dan terpilih untuk dimuatkan ke dalam akhbar. Ramai juga rakan-rakan yang maklumkan pada saya yang mereka ada nampak ucapan saya dalam Berita Harian. Jika tahun-tahun sebelum ni hanya melihat orang lain menyampaikan Salam Perantauan, tetapi tak sangka pula tahun ni ucapan kami pula antara yang dipaparkan.

Tetapi ada sedikit rasa terkilan la sebab ucapan asal yang saya tulis telah diubah atau dipotong sedikit oleh pihak Berita Harian, mungkin agak panjang. Jika maksudnya sama tidak mengapa, cuma yang ni agak lari sedikit. Pertama nama ibu bapa kami dipadam, kedua ucapan ditujukan kepada mereka (ibu bapa serta keluarga) di Selangor dan Kedah, namun negeri Kedah tu dipadam juga. Jadi macam tak sampai pula ucapan tu ke Kedah hehe. Kalau tulis Malaysia lagi bagus rasanya hehe. Tapi itulah pengalaman pertama hantar ucapan dalam akhbar. Lepas ni kena bagi yang tepat dan padat. Apapun syukurlah, paling kurang dapat masuk akhbar. Cuma perlu lebih ketelitian dan sensitiviti pihak yang berkaitan.

Berikut merupakan ucapan yang sebenar:

Nama dan Lokasi Penerima: Mak dan Abah (Mustaffa Hj. Abdullah dan Rosnani Md Kassim) di Bandar Baru Bangi Selangor, Mak dan Ayah (Siti Zainab Yusof dan Ramli Mohd Hassan) serta keluarga di Jitra Kedah, Tuan Guru Hj. Md Radzi Hj. Hanafi sekeluarga di Kuala Lumpur, Penaja kami (KPT dan UTM), saudara mara, rakan-rakan dan kenalan di seluruh tanahair.

Ucapan: Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri. Semoga ibadah puasa yang dilalui mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada-Nya. Dari jauh kami memohon ampun dan maaf zahir dan batin. Kali pertama berpuasa dan beraya di perantauan pastinya berbeza daripada tanahair sendiri dan sesungguhnya kami amat merindui suasana di sana. Akhir kata, doakan kejayaan kami di sini dan semoga kita berjumpa lagi.

Nota: Terima kasih kepada Ain kerana tolong scan dan e-melkan gambar di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...