Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Thermo..Thermo..Thermo..

Sepanjang 2 minggu kebelakangan ni, saya sedang mengikuti kursus Thermodynamics Models: Fundamentals and Computational Aspects, yang merupakan kursus PhD yang ketiga daripada empat kursus yang wajib saya ambil sebelum menamatkan pengajian PhD di DTU ni. Teringat dulu semasa undergraduate subjek pertama yang dipelajari berkaitan Termodinamik adalah Termodinamik Asas semasa tahun kedua dan seterusnya subjek Termodinamik Kejuruteraan Kimia semasa di tahun ketiga. Semasa diperingkat Sarjana pula saya ada mengambil mata pelajaran Advanced Thermodynamics, dan kini saya kira di peringkat PhD ni lebih advanced rasanya dan sudah pasti lebih sukar.

Bagi saya termodinamik merupakan satu subjek yang menarik namun ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk memahami segala teori-teori yang berkaitan seperti entalpi, entropi, fugasiti dan banyak lagi di samping aplikasinya dalam pelbagai bidang. Pendek kata, termodinamik ni merupakan satu subjek yang agak sukar untuk difahami dengan mudah. Itu pengalaman yang saya lalui. Untuk kursus yang saya sertai pada kali ini, Alhamdulillah ia telah meluaskan lagi pemahaman dan pandangan saya terhadap bidang ini tambahan pula ia telah dikendalikan oleh Profesor-Profesor yang berpengalaman sangat luas dalam bidang ini (salah seorang daripadanya ialah co-supervisor saya).
Fokus utama kursus ini adalah mengenai aplikasi Thermodynamic Models dari kekuatan dan juga limitasinya seperti Cubic Equation of State, Excess Gibbs Energy Models dan lain-lain. Di samping itu fokus juga diberikan untuk PT-Flash, Stability Analysis and Critical Points, Saturation Points and Phase Envelopes dan Chemical Reaction Equilibrium melibatkan multicomponent dan multiphase systems. Di samping kuliah, kami juga perlu menyelesaikan latihan dengan menggunakan pengaturcaraan Fortran. Nak kena faham teori, juga kena mahir menggunakan Fortran, memang cabaran betul la. Namun, kita akan mudah faham setelah membuat latihan daripada hanya mendengar kuliah.

Selain itu, senarai peserta untuk kursus kali ini pula adalah menarik dan pelbagai. Ada daripada company seperti Shell dan Schlumberger dan ada juga pelajar daripada universiti di Perancis, Norway, Afrika Selatan dan juga beberapa pelajar daripada DTU termasuk saya. Apa yang menarik ialah semasa kuliah dan juga latihan memang begitu banyak persoalan dan juga perbincangan daripada para peserta terutama daripada company. Mungkin kerana pengalaman bekerja mereka yang lebih tertumpu kepada aplikasi ilmu termodinamik ini. Apapun apa yang saya harapkan daripada kursus ini selain lulus adalah supaya ia dapat memberikan manfaat terhadap projek PhD yang sedang saya lalui sekarang dan juga semasa pulang berkhidmat di universiti di Malaysia nanti.

Thursday, July 9, 2009

Rangkuman Aktiviti

Sehingga hari ini, dah 11 hari tak kemaskini blog, tiada semangat pula nak tulis tambahan ada kerja lain yang perlu di selesaikan. Untuk post kali ini saya akan merangkumkan beberapa aktiviti yang dibuat dalam tempoh 11 hari ni.

Kursus Advanced Process Optimization

Di dalam pengajian PhD saya di DTU ni, sebanyak 4 buah subjek atau kursus perlu diambil dan ini merupakan kursus yang pertama saya ambil. Kursus ini dikendalikan oleh Profesor dan Research Officer yang dijemput khas daripada Imperial College, London yang terdiri daripada 1 minggu kuliah dan 2 minggu take home exam. Kuliah seminggu tersebut telah selesai bermula daripada 29 Jun sehingga 3 Julai 2009 lalu. Jika diikutkan kursus ini sangat sukar bagi saya yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang kukuh berkenaan process optimization ni. Tambahan pula mengikut profesor tersebut bahawa biasanya kursus ini dijalankan selama 1 semester bagi peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Jadi untuk peringkat PhD ni ia dipadatkan untuk 1 minggu sahaja. Semasa kuliah tu selalu la lost hehehe, tapi bila baca balik boleh la catch up balik. Namun melalui take home exam yang diberi banyak juga kefahaman yang diperolehi. Persis kehidupan, kalau tak dilanda masalah, kita tak dapat pengajaran huhu. Jadi sekarang ni tengah struggle la nak siapkan soalan-soalan exam tu. Tapi menarik juga dapat ilmu process optimization ni, berguna juga sebagai pensyarah nanti. Dalam penyelidikan saya ni ada juga saya perlu buat parameter optimization, jadi sedikit sebanyak ada juga aplikasinya.

Jamuan Hari Jadi dan Makan-Makan

Hujung minggu lepas pula kami telah ke rumah Joshua dan Sue untuk menyambut hari kelahiran anak mereka iaitu Rico dan Rica (masing-masing berusia 10 dan 9 tahun) di Gentofte. Ramai juga kawan-kawan yang hadir. Di situ juga kami berkenalan dengan En. Haizan dan isterinya Puan Rohaya yang merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di sini. Cuaca pada hari tu agak panas dengan suhu mencecah 30 darjah celsius. Mengikut mereka, dah lama Denmark ni tak panas sebegini semasa musim panas. Kami pun siap beli kipas lagi.

Keesokan harinya pula kami ke rumah Pak Herman dan Kak Siti yang menjemput kami untuk ke rumah mereka di Niva untuk makan-makan dan bertemu. Di sana kami berkenalan pula dengan beberapa rakyat Malaysia dan Indonesia yang bekerja di Denmark ni. Mereka juga telah kenal lama dengan Pak Herman dan Kak Siti. Biasanya jamuan sebegini diadakan bagi bertemu rakan-rakan dan untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Memang seronok dapat mengisi masa hujung minggu bersama rakan-rakan di sini. Lepas giliran siapa pula ye nak jemput ni hmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...