Showing posts with label Holte. Show all posts
Showing posts with label Holte. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Holte Loppemarked & Strøget Street

Setiap hari Ahad berhampiran dengan aparment kami akan ada satu flea market yang menjual pelbagai barangan yang kebanyakannya terpakai seperti baju, jaket, barang mainan kanak-kanak, cawan dan pinggan mangkuk antik/lama. Harganya boleh dikatakan sangat murah dan berbaloi. Barang yang biasa kami beli adalah barang mainan dan juga pakaian untuk Eilman. Memang jauh lagi murah daripada dibeli di kedai-kedai atau pasaraya. Gambar di bawah merupakan snapshots keadaan di flea market tersebut. Selain daripada flea market, saya juga nak menceritakan satu lagi tempat yang boleh dikatakan selalu kami kunjungi, iaitu Strøget Street (merupakan satu laluan pejalan kaki). Gambar-gambar yang di paparkan merupakan gambar Ahad lepas. Alang-alang nak beli barangan dapur di Copenhagen central market dan memandangkan Ahad lepas, tambang keretapi S-tog percuma (untuk Ahad pertama setiap bulan) maka kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan di sana. Kami menaiki bas/train daripada Holte sampai ke Kongens Nytorv dan memulakan perjalanan melalui Strøget Street di sana sampailah ke Rådhuspladsen (City Hall Square) dan seterusnya kami berjalan sehinggalah ke central market.

Setiap pelancong yang melawat Copenhagen boleh dikatakan wajib melawat Strøget Street. Terdapat pelabagai jenis kedai-kedai di sepanjang jalan Strøget ini daripada barangan-barangan yang murah sehinggalah yang mahal-mahal (seperti pinggan mangkuk Royal Copenhagen) dan di sini juga terdapat banyak kedai-kedai cenderamata (nak yang paling murah cari di satu kedai Cina). Selain daripada kedai-kedai, terdapat banyak juga street performers yang membuat persembahan seperti bermain alat muzik, menyanyi dan juga memakai costume untuk menarik perhatian pengunjung. Strøget Street ini juga merupakan laluan pejalan kaki yang terpanjang di dunia (1.1 km). Tapi rasanya Oxford Street di London tu panjang juga. Berikut merupakan sedikit review daripada laman web visitcopenhagen.com mengenai Strøget Street.
Copenhagen's largest shopping area is centered around Strøget in the heart of the city. Strøget is the world's longest pedestrian street with a wealth of shops, from budget-friendly chains to some of the world's most expensive brands. The stretch is 1.1 kilometers long and runs from City Hall Square (Rådhuspladsen) to Kongens Nytorv. Strøget is a nickname from the 1800s and covers the streets Frederiksberggade, Nygade, Vimmelskaftet and Østergade and Nytorv square, Gammeltorv Square and Amagertorv Square. The stretch was originally called Routen, and it was not before 1962 and in the years after it was converted to a pedestrian street

Shopping on Strøget

Strøget is most famous for shopping. Big international brands like Prada, Max Mara, Louis Vuitton, Cerutti, Mulberry, Chanel, Marlboro, Karen Millen, Hermès and Boss are represented at the end of the street facing up to Kongens Nytorv. If your budget is more limited, you can continue along Strøget down towards City Hall Square, where you find shops like Hennes and Mauritz, Vero Moda, Bik Bok, Only, Vila, and Bianco shoes.

Sights along Strøget

However, Strøget is not just shopping. Look up and down the side streets during your shopping spree, and you will see several of Copenhagen's beautiful sights and attractions, such as Helligåndskirken, often with a book sale outside, Church of Our Lady (Vor Frue Kirke), where Crown Prince Frederik and Crown Princess Mary were married, behind Gammeltorv Square, the court house at Nytorv Square, the Stork Fountain (Storkespringvandet) at Amagertorv Square and Nikolaj Church nearby. From Amagertorv you can also see across the canal to Christiansborg Palace, where parliament sits. And do not forget City Hall Square (Rådhuspladsen) itself with Copenhagen City Hall Tower and beautiful Kongens Nytorv Square with The Royal Danish Theatre and Nyhavn in the other end of Strøget.

Buskers and street performers

Strøget is a popular hangout for the city's buskers and street performers. Especially at Amagertorv Square you can often see performances by, among other things, acrobats, magicians and musicians. In the end of the street adjacent to City Hall Square you should be wary of con artists who make money on games in which they ask passers-by to guess the whereabouts of a ball under one of three cups.

Saturday, June 19, 2010

Berpindah ke Apartment Baru...

Hmm seperti biasa saya selalu sahaja sukar untuk terus menerus menghantarkan sebarang entri untuk blog ini. Bukan sukar dari segi talian internet tetapi agak sibuk dengan pelajaran/tugas ditambah pula dengan kekurangan semangat (semasa kelapangan) untuk mengemaskini blog ni. Seperti biasa juga saya suka untuk menceritakan atau berkongsi peristiwa menarik/penting yang berlaku sejak entri sebelumnya sehingga sekarang.
Sejak 1 Mei 2010 yang lalu kami sekeluarga telah berpindah ke apartment yang baru di Holte. Sebelum ni, kami tinggal di Lyngby (1 April 2009-30 April 2010). Sebenarnya kami dah perbaharui kontrak apartment di Lyngby tu bermula Februari hingga Disember 2010, tetapi tiba-tiba tuan rumah memberikan notis sebulan kepada kami bermula 1 April 2010 untuk mengosongkan rumah atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Maka terpaksalah kami mencari rumah baru.

Dengan masa yang ada, agak kelam kabut jugalah nak mencari rumah baru tu. Tapi Alhamdulillah hampir menuju ke hujung bulan semakin banyak pilihan apartment untuk kami pilih dan akhirnya kami memilih untuk tinggal di Holte. Dekat dengan kedai-kedai, bank, pejabat pos, klinik, 9 minit perjalanan ke stesen keretapi, 3 minit ke perhentian bas terdekat dan hanya 15 minit menaiki bas ke universiti. Cuma apartment sebelum ni fully furnished tapi apartment yang ini tidak. Maka kenalah beli perabot dan peralatan yang diperlukan di IKEA. Di sini di IKEA sahajalah antara tempat yang barangnya murah.

Kepada rakan-rakan yang telah membantu kami berpindah tempoh hari, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tanpa bantuan anda semua, maka agak sukarlah untuk kami berpindah. Terima kasih kepada yang membantu memandu van, mengangkat barang-barang naik turun apartment, menyediakan makanan, membeli barangan di IKEA dan memasangnya dan apa-apa sahaja bantuan yang telah anda berikan. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada anda semua.

Setelah hampir 2 bulan di Holte, Alhamdulillah kami gembira tinggal di sini. Keadaan di sini juga lebih tenang berbanding di Lyngby yang agak sibuk dan ramai orang. Kepada rakan-rakan di Denmark yang belum singgah lagi tu, jemput bertandang ke rumah kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...