Thursday, May 14, 2009

Kenangan Cuti Easter..

Pada cuti Easter yang lepas (9-13 April 2009), saya dan Wawa (isteriku) bersama beberapa kawan yang lain iaitu Kamaruddin (Din), Kak Zana, Afiq, Ciput dan juga Dayang telah bercuti ke Amsterdam, Belanda. Dulu dah sampai Amsterdam, tapi dapat berlegar di sekitar lapangan terbang je. Kami mengambil keputusan untuk ke sana dengan menyewa kenderaan memandangkan kosnya yang lebih murah jika dibandingkan dengan menaiki kapal terbang. Jadi dengan kenderaan Volkswagen Transporter yang disewa daripada Hertz tu, kami bertolak daripada Lyngby pada pukul 7 pagi, hari Khamis (9 April 2009). Untuk memandu kenderaan di negara orang ni kena ada lesen memandu antarabangsa yang ditempah di Malaysia dengan kos RM 150 setahun. Cadangan asal ialah untuk bertukar-tukar pemandu antara saya, Dayang dan juga Din nmemandangkan hanya kami bertiga yang mempunyai lesen memandun antarabangsa. Tapi memandangkan saiz van yang agak besar, mungkin saya dan Din je yang akan memandu. Tiba-tiba dalam perjalanan, “eh, aku macam tertinggal je lesen memandu tu, aduhhh !!!”. Rupa-rupanya saya terlupa bawa. Nampaknya Din jela yang kena jadi driver.

laparnya.. (somewhere in Germany)

Dalam perjalanan, kami melalui jambatan yang menghubungkan antara Zealand (bahagian pulau) dan Jutland di Denmark. Ada jalan yang lagi dekat ke Jerman dengan menaiki feri, namun disebabkan harganya yang mahal kami mengambil keputusan untuk melalui jambatan sahaja. Daripada Denmark kami meneruskan perjalanan ke Jerman melalui Hamburg dan Bremen. Kami singgah untuk makan tengahari di Jerman (tak pasti di kawasan mana). Sepanjang perjalanan di Jerman, saya asyik tidur jela sebab tak boleh nak memandu (bukan sengaja, terlupa huhu). Teringin juga nak memandu di negara orang, tambahan pula kedudukannya di sebelah kanan jalan berbeza dengan sistem jalan di Malaysia. Yela dah bayar RM 150 setahun, takkan nak biarkan je. Daripada Jerman, kami tiba di Belanda dan akhirnya tiba di Amsterdam pada lebih kurang jam 7 petang. 12 jam baru sampai ke destinasi !!. Kira macam daripada Johor ke Perlis la kan. Di Amsterdam, kami menetap di Hotel Zwanenberg.


Pada hari kedua, kami telah ke Keukenhof iaitu sebuah taman bunga Tulip yang sangat cantik dan dipenuhi dengan pelabagai jenis bunga tulip. Kalau di Malaysia tu ada sawah padi, di Keukenhof ada sawah tulip !!. Kami round-round di sana dari pagi sehinggalah ke petang. Puaslah kami bergambar dalam taman tu, tambah pula dengan kamera baru (Nikon D60, dibeli seminggu sebelum bertolak ke Denmark hehe). Selain tulip, terdapat juga kincir angin ataupun windmill. Dapat jugalah merasa naik kincir angin tu. Memang saya alu-alukanlah jika sesiapa nak datang ke Keukenhof ni. Tapi ingat, datang masa musim bunga, jangan datang masa musim sejuk lak haha. Setelah puas berjalan, kami mulalah berasa lapar. Daripada Keukenhof, kami telah menjamu selera di sebuah kedai makanan Indonesia bernama Toko Java. Peramah juga pekerja kedai tu, maklumlah jumpa orang serumpun. Setelah makan Nasi Rames, kami pulang ke hotel dan berehat. Seterusnya pada waktu malam, kami telah bersiar-siar di sekitar bandar Amsterdam untuk melihat suasananya di waktu malam. Namun, di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya. Payung pula lupa nak bawa (bukan lupa, tapi tak jangka nak hujan). Tambahan pula ada di antara kami yang sesat untuk pulang ke tempat van diletakkan, dahlah malam dan hujan pula tu. Tapi Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Dalam keadaan kepenatan, kami terus pulang ke hotel dan tidur.

Hari ketiga, kami berkunjung pula ke sebuah kilang kecil untuk membuat kasut kayu (popular di Belanda) dan juga kilang keju (yang busuk baunya). Terkejut dan kagum juga sebab orang yang menerangkan mengenai pembuatan kasut kayu tu pandai berbahasa Melayu. Dia tengok muka kami terus je cakap “selamat datang”, tau-tau je kami ni orang Melayu. Setelah itu, kami berkunjung ke Volendam sebuah tempat di utara Belanda yang terkenal sebagai sebuah kawasan perlancongan. Di sana terdapat pelbagai kedai cenderamata yang boleh dibeli harga yang berpatutan. Kami juga tidak melepaskan peluang menaiki cruise kecil ke pulau Marken yang terletak ½ jam daripada Volendam.

skuad volkswagen transporter

Pada hari terakhir kami di Amsterdam, kami sekali lagi bersiar-siar di sekitar bandar Amsterdam dan juga menaiki canal tour melalui sungai-sungai di sekitar bandar. Setelah itu, kami terus pulang menuju kembali ke Denmark. Dalam perjalanan pulang, kami telah singgah ke bandar Bremen dan juga Hamburg untuk mengambil gambar-gambar kenangan. Kami di tiba di Lyngby pada jam 7 pagi, Isnin 13 April 2009. Alhamdulillah semuanya selamat. Memang ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan jika anda ada kesempatan dan duit, bolehlah datang ke sini. PhD, PhD juga, bila masa berseronok gunakan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...