Hari ni kami ronda-ronda di sekeliling bandar Copenhagen. Sejak semalam sehingga esok di Copenhagen ada satu event iaitu Copenhagen Carnival yang dianjurkan pada setiap tahun dan ini merupakan kali pertama kami ke karnival ni. Antara aktiviti yang dijalankan sempena karnival ini adalah perarakan, pertunjukkan, persembahan dan sebagainya. Tapi kebanyakannya adalah tarian Samba hehe, sesuai untuk sesiapa yang nak 'cuci mata' atau 'cuci lense kamera'. Walau bagaimanapun, kami sampai agak lambat tadi, jadi perarakan dan persembahan pun semua dah habis huhu.
Tapi sememangnya hajat utama kami ke bandar ini adalah untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Jadi bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Maka kami pun ronda-rondalah sekali sempena karnival yang dianjurkan ni. Antara tempat yang kami kunjungi di bandar ni adalah Nyhavn, Kongens Nytorv dan juga Stroget. Sepanjang perjalanan ada juga kami berjumpa dan bertegur sapa dengan orang-orang Malaysia dan Indonesia yang datang ke sini untuk melancong. Ada juga orang minat melancong ke Denmark ni ye hehe. Apapun suhu di Denmark dah semakin meningkat ke 19 darjah Celsius hari ni, bulan depan dah musim panas pula rasanya di sini.
Attractive element of content. I simply stumbled
ReplyDeleteupon your weblog and in accession capital to say that I get
in fact enjoyed account your blog posts. Any way
I'll be subscribing for your augment or even I success you access consistently quickly.
Also visit my weblog :: weight loss solutions