Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Saya Seorang Ayah !

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan rezeki ini. Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Semalam, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.5 kg di Gentofte Hospital, Denmark pada jam 12.02 pagi 19hb Februari 2010 bersamaan 5 Rabiulawal 1431 (Jumaat). Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Berikut merupakan beberapa rentetan peristiwa yang berlaku sehingga isteri saya selamat melahirkan anak kami. Pada hari Khamis (17hb Februari), isteri telah mula merasa sakit ataupun yang dipanggil contraction. Ia mula berlaku pada waktu malam dan masih di dalam fasa permulaan. Pada malam tersebut isteri saya agak sukar untuk tidur nyenyak akibat kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami. Terdapat juga sedikit kesan darah.

Pada keesokan harinya, pada waktu pagi hingga petang contraction tersebut masih dapat dirasai namun pada tahap yang biasa. Seperti period pain mengikut kata isteri saya. Tapi seperti biasa saya masih ke sekolah kerana menganggap perkara itu masih boleh dikawal dan masih pada tahap permulaan kerana saya rasa mungkin 1-2 hari lagi baru akan bersalin. Saya pulang ke rumah pada jam lebih kurang 6 petang. Pada waktu itu isteri saya menelefon pihak hospital untuk kali pertama hanya untuk memaklumkan keadaannya ketika itu. Pada masa itu contraction berlaku pada sela masa 15 minit. Di sini, kami perlu memaklumkan keadaan ibu itu terlebih dahulu sebelum benar-benar perlu ke hospital. Kerana jika masih belum sampai masanya, biasanya mereka akan suruh pulang ke rumah semula.
Contraction yang dirasai isteri saya semakin lama semakin sakit dan semakin kerap. Sakit yang dirasai sangat kuat pada bahagian belakang. Saya hanya mampu untuk mengurut bahagian belakang untuk mengurangkan kesakitan. Kemudian lebih kurang 9 malam lebih, contraction yang dirasai semakin kerap lebih kurang setiap 5 minit sehingga darah keluar agak banyak (disertai sedikit cecair) namun tidak berterusan. Maka kami mengambil keputusan untuk menelefon hospital untuk kali kedua. Mereka minta supaya lihat dulu sama ada darah masih keluar atau tidak dan kekerapan contraction meningkat kepada 4 minit.

Setelah itu dalam jam hampir 10 malam darah beserta cecair keluar lagi. Pada ketika itu, kami dah rasa memang dah tiba masanya untuk ke hospital. Setelah memaklumkan pihak hospital akan kedatangan kami, saya menelefon teksi dan kami terus ke Gentofte Hospital. Setelah tiba di Bangunan 17A pada jam 10.40 malam dan membayar tambang teksi sebanyak DKK 127, isteri saya terus dibawa untuk pemeriksaan. Jururawat bertugas memberitahu kami bahawa air ketuban dah pecah dan bukaan serviks telah 8 cm ! Nampaknya memang tepat ketibaan kami kerana memang dah tiba masa untuk bersalin.

Setelah pemeriksaan itu, kami dibawa ke Labour Room di mana terdapat seorang midwife dah menunggu kami di sana. Selepas beberapa pertukaran petugas akhirnya isteri saya dibantu oleh Anita, seorang Student Midwife yang diselia oleh Malene, seorang Midwife untuk memimpin isteri saya dalam proses kelahiran. Pada permulaannya, kami menunggu sehingga bukaan serviks sebanyak 9-10 cm sebelum proses meneran bermula. Setelah bukaan mencukupi barulah proses meneran dimulakan. Setelah usaha yang keras dan semangat yang diberikan akhirnya pada jam 12.02 pg, seorang bayi lelaki berjaya dilahirkan ke dunia. Bayi yang pertama dilahirkan di Gentofte Hospital pada hari itu hehe. Saya sendiri diberi peluang untuk memotong tali pusat. Alhamdulillah syukur kerana dipermudahkam proses kelahiran dan tidak mengambil masa yang sangat lama.

Selepas itu, kami ditempatkan di sebuah bilik yang dikhaskan untuk kami. Jika ada lebih orang daripada bilik yang ada maka baru akan dikongsikan. Siap ada katil khas untuk suami lagi. Kami tinggal di bilik tersebut sebanyak 2 malam (termasuk malam kelahiran). Kami pulang ke rumah pada jam 2 petang 20 Februari 2010. Saya & isteri dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami, semua keluarga, rakan dan kenalan yang telah memberikan doa dan ucapan serta kata-kata semangat sebelum & selepas anak kami dilahirkan. Terima kasih kepada yang menelefon bertanya khabar pada malam sebelum kelahiran, kepada yang datang melawat kami di hospital, yang menelefon selepas kelahiran dan juga kepada seorang rakan kami yang menghantar kami daripada hospital pulang ke rumah.

Bertambah lagi satu tanggungjawab yang besar dalam hidup. Semoga Allah memberikan kami kekuatan untuk menjaga amanah ini dengan sebaik-baiknya.

Nota: Kepada yang ingin mengetahui nama anak kami, nanti kami maklumkan ye :)

Tuesday, February 9, 2010

Masa Semakin Hampir..

Tinggal seminggu je lagi. Untuk apa? Sebenarnya minggu depan akan genaplah orang rumah saya mengandung 40 minggu atau 10 bulan. Kalau ikutkan memanglah berdebar-debar dan juga excited sebab ini merupakan anak pertama kami. Berdebar untuk menanti saat kelahiran. Saya pun dah berdebar, apatah lagi orang rumah saya tu. Pastinya lebih berdebar dan risau terutamanya untuk menghadapi kesakitan semasa bersalin tu. Tapi Alhamdulillah setakat ini keadaan kesihatannya amat baik malah dia sentiasa keluar rumah berjalan-jalan ke rumah rakan, ke kedai ataupun untuk kegiatan lain di luar. Lagipun memang baik kalau dapat berjalan banyak-banyak masa dekat nak bersalin ni, senang orang kata nanti masa nak bersalin.

Dari segi persiapan, kebanyakan barangan bayi kami dah ada, katil bayi pun dah pasang, barangan semasa pantang pun dah sampai (order daripada Malaysia) dan lain-lain. Apapun saya berharap agar rakan-rakan semua dapat mendoakan agar segalanya selamat dan berjalan dengan lancar. Apa-apa berita terkini mengenai perkara ini akan saya update dalam blog ini (bagi yang berminat nak mengetahui la ye). Kalau ada apa-apa nasihat yang ingin diberi amatlah dialu-alukan. Di bawah ni saya sertakan artikel/maklumat mengenai perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu 39 kehamilan yang saya perolehi daripada sebuah laman web. Week Thirty Nine: Very close now

You are 39 weeks pregnant. (fetal age 37 weeks)

•The average baby is about 20 inches (51 cm) and weighs about 7.5 pounds (3400 grams).
•The baby has reached its final birth position.
•It will be cramped inside your uterus for much movement.
•Your baby will continue to punch and kick but lower in your abdomen, under your pelvis.
•The head is about 4 inches (10 cm) in diameter.
•Most of the baby's downy coating of lanugo has now disappeared.

You are very close now to the end of your pregnancy, just a week or so left. Keeping track of your little one's activity level may be a good idea at this time. As space in your uterus becomes more cramped, your baby's kicks and other movements may seem less forceful. You may want to check on your baby's movements from time to time and do a kick count. If movement drops off considerably, call your doctor or caregiver.

The average baby weighs in at over seven pounds (3kg), but can be as much as one or two pounds (1kg) heavier or lighter. It can vary with each baby, and there is no cause for concern. Your pregnancy is considered full term now (between 37 and 42 weeks is full-term). At birth the umbilical cord will stop working when the child takes his first breaths of air outside of uterus. The child's breathing will trigger changes in the heart that will force all blood to go through the lungs.

Most Caucasian babies are born with blue eyes and their true eye color may not reveal itself for weeks or months. Most African and Asian babies usually have dark grey or brown eyes at birth, their dark eyes becoming a true brown or black after the first six months or year. Multiracial children often turn out to have the most beautiful colored eyes. Baby is restricted in movement as there is no space left in the womb. You should be finding it easier to breathe now that the uterus is dropping away from the diaphragm.

You may be experiencing the nesting syndrome by attempting to clean, cook, shop and prepare for the new arrival. This is very common, just be careful that you do not wear yourself out. You need to conserve your energy for the hard work ahead in labor and birth.

Your body still makes amniotic fluid, but absorption may outpace the amount you make and so levels may decrease a bit. Contact your caregiver immediately if you have any leaking of fluid. The lanugo has mostly disappeared, but you will probably find a bit on their shoulders, arms and legs and in those little bodily creases. It will vanish completely on its own in time.


Source: http://www.baby2see.com/development/week39.html

Thursday, August 13, 2009

Berita baik..

Sebenarnya berita baik ni dah lama dah saya terima tapi baru sekarang nak cerita. Saya dah cerita perkara ni kepada orang-orang yang tertentu sahaja dan membuat kiasan kepada yang lain-lain. Jadi ni kira secara rasmilah nak maklumkan kepada semua yang ada di dunia ni hehe.

Ceritanya begini. Pada pagi 24 Jun 2009 hari Rabu seperti biasa saya sedang bersiap-siap untuk ke sekolah (DTU). Sedang saya menuju ke pintu keluar daripada apartment tetiba je isteri saya (Wawa) mengeluarkan satu bungkusan dan memberikannya kepada saya. Katanya itu hadiah anniversary, sampai sekolah baru buka. Kalau nak buka pastikan tiada orang nampak. Dalam keadaan terpinga-pinga saya pun kata ok. Tapi peliklah juga, anniversary kami dah lama lepas (2 Jun).

Sampai je sekolah, memang dah tak sabarlah nak tau apa hadiahnya. Bila buka je bungkusan tu, ada satu batang plastik yang panjang. Aii macam kenal je benda alah ni, pastu ada 2 tanda pada tengah-tengah benda tu. Rupanya itu adalah pregnancy test kit dan keputusannya adalah positif !! Wawa dah mengandung !! Sejak hari Isnin lagi sebenarnya, tapi hari Rabu baru Wawa beritahu. Alhamdulillah, saya rasa seronok sangat mendapat berita baik tu, terus telefon Wawa untuk mengesahkannya dan telefon Mak di Malaysia haha. Bukan terus buat kerja lepas tu, tapi terus cari maklumat dalam internet mengenai kehamilan hahaha. Fikiran pun dah terawang-awang dan gembira je rasa satu hari tu, senyum seorang diri. Alkisahnya pada malam tu sebenarnya memang dah mimpi pun menimang cahayamata, tak sangka pula dapat berita gembira ni pada keesokan harinya. Setelah 3 tahun kami mendirikan rumahtangga, akhirnya dapat juga menimang cahayamata insyaAllah. Lega rasanya sebab Mak asyik tanya sahaja hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...