Apa khabar semua? Kepada pengunjung yang setia melayari blog ini (ada ke?) mohon maaf kerana blog ini tidak dikemaskini semenjak 2 minggu kebelakangan ni. Bukan tiada masa dan kemudahan, cuma tiada semangat yang kuat untuk kemaskini blog. Nak menulis ni kena ada semangat, baru bermacam-macam idea yang keluar. Tambahan juga, ia tidak boleh dipengaruhi oleh emosi yang negatif dan tidak tenteram.
Sekarang ini saya masih berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberi selepas menghadiri kursus Advanced Computer Aided Modeling yang betul-betul mencabar minda dan kefahaman saya. Sejak 7 minggu kebelakangan ini, memang segala masa saya adalah tertumpu kepada kursus PhD yang perlu diambil yang terdiri daripada beberapa siri kuliah dan juga perlu menyelesaikan soalan ujian yang boleh dibawa pulang dan diberi masa 2 minggu untuk menyelesaikannya. Projek PhD pun 'terbengkalai' seketika.
Walau bagaimanapun, saya akan tetap menceritakan segala aktivti-aktiviti dan peristiwa yang berlaku dalam tempoh ini (walaupun dah boleh dikatakan dah basi haha). Antara matlamat saya mewujudkan blog ini ialah agar segala aktiviti yang saya lalui di sini dapat diabadikan untuk tatapan diri sendiri dan juga yang sudi membaca.
No comments:
Post a Comment