Hari ini tanggal 31 Ogos 2009 merupakan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 52 dan ini merupakan kali pertama saya menyambutnya di perantauan. Suasananya sudah semestinya berbeza namun walaupun kami berada jauh daripada tanahair, tarikh yang bermakna ini tetap akan kami ingati. Sebagai seorang rakyat Malaysia sesungguhnya saya sungguh berbangga dan berasa bertuah kerana negara kita telah dikurniakan oleh Allah S.W.T keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan semenjak kita mencapai kemerdekaan 52 tahun lalu. Apabila berada di perantauan kini rasa cinta terhadap tanahair semakin menebal. Kata orang, kita akan rasa lebih sayang atau rindu apabila kita berjauhan sama ada daripada ibu bapa, rakan-rakan, isteri atau suami, anak-anak. Begitu juga dengan negara asal kita, apabila berjauhan baru kita rasa betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai anak Malaysia. Sebelum ni rasa bertuah juga tapi bila berjauhan perasaan tu lebih menebal. Apapun di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang berada di Malaysia dan juga di luar negara. Semoga Malaysia terus berkembang maju dan makmur. Hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
wah patriotik nya! Siap bwk bendera dari Msia ye? Kenapa la saya x terpikir pon nak bawak hari tu huhu...
ReplyDeletebiasa2 je, meraikan hari kemerdekaan negara..yup, bendera bawa dari Malaysia..ntah2 kt UK pun ade jual kot hehe..
ReplyDelete