Thursday, August 13, 2009

Berita baik..

Sebenarnya berita baik ni dah lama dah saya terima tapi baru sekarang nak cerita. Saya dah cerita perkara ni kepada orang-orang yang tertentu sahaja dan membuat kiasan kepada yang lain-lain. Jadi ni kira secara rasmilah nak maklumkan kepada semua yang ada di dunia ni hehe.

Ceritanya begini. Pada pagi 24 Jun 2009 hari Rabu seperti biasa saya sedang bersiap-siap untuk ke sekolah (DTU). Sedang saya menuju ke pintu keluar daripada apartment tetiba je isteri saya (Wawa) mengeluarkan satu bungkusan dan memberikannya kepada saya. Katanya itu hadiah anniversary, sampai sekolah baru buka. Kalau nak buka pastikan tiada orang nampak. Dalam keadaan terpinga-pinga saya pun kata ok. Tapi peliklah juga, anniversary kami dah lama lepas (2 Jun).

Sampai je sekolah, memang dah tak sabarlah nak tau apa hadiahnya. Bila buka je bungkusan tu, ada satu batang plastik yang panjang. Aii macam kenal je benda alah ni, pastu ada 2 tanda pada tengah-tengah benda tu. Rupanya itu adalah pregnancy test kit dan keputusannya adalah positif !! Wawa dah mengandung !! Sejak hari Isnin lagi sebenarnya, tapi hari Rabu baru Wawa beritahu. Alhamdulillah, saya rasa seronok sangat mendapat berita baik tu, terus telefon Wawa untuk mengesahkannya dan telefon Mak di Malaysia haha. Bukan terus buat kerja lepas tu, tapi terus cari maklumat dalam internet mengenai kehamilan hahaha. Fikiran pun dah terawang-awang dan gembira je rasa satu hari tu, senyum seorang diri. Alkisahnya pada malam tu sebenarnya memang dah mimpi pun menimang cahayamata, tak sangka pula dapat berita gembira ni pada keesokan harinya. Setelah 3 tahun kami mendirikan rumahtangga, akhirnya dapat juga menimang cahayamata insyaAllah. Lega rasanya sebab Mak asyik tanya sahaja hehe.

2 comments:

  1. tahniah...!

    saya dulu pon tiap2 kali pregnant (termasuk yg keguguran) mesti dpt 'alamat' dulu.

    take good care of ur expecting wife n the baby ye.

    ReplyDelete
  2. terima kasih oyis..oo begitu ye..insyaAllah I will take super care of them..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...