Wednesday, September 30, 2009

Salam Perantau @ Berita Harian

Jika dulu ucapan Salam Perantauan kami dipaparkan secara online di dalam laman web Utusan (lihat sini), kali ini ia dipaparkan di dalam laman web Berita Harian pula (lihat sini). Yang menariknya juga, ucapan Salam Perantauan kami pada kali ini dipaparkan juga di dalam akhbar Berita Harian, Khamis 24 September 2009. Perasaan tu memang teruja dan gembira la sebab berjaya dan terpilih untuk dimuatkan ke dalam akhbar. Ramai juga rakan-rakan yang maklumkan pada saya yang mereka ada nampak ucapan saya dalam Berita Harian. Jika tahun-tahun sebelum ni hanya melihat orang lain menyampaikan Salam Perantauan, tetapi tak sangka pula tahun ni ucapan kami pula antara yang dipaparkan.

Tetapi ada sedikit rasa terkilan la sebab ucapan asal yang saya tulis telah diubah atau dipotong sedikit oleh pihak Berita Harian, mungkin agak panjang. Jika maksudnya sama tidak mengapa, cuma yang ni agak lari sedikit. Pertama nama ibu bapa kami dipadam, kedua ucapan ditujukan kepada mereka (ibu bapa serta keluarga) di Selangor dan Kedah, namun negeri Kedah tu dipadam juga. Jadi macam tak sampai pula ucapan tu ke Kedah hehe. Kalau tulis Malaysia lagi bagus rasanya hehe. Tapi itulah pengalaman pertama hantar ucapan dalam akhbar. Lepas ni kena bagi yang tepat dan padat. Apapun syukurlah, paling kurang dapat masuk akhbar. Cuma perlu lebih ketelitian dan sensitiviti pihak yang berkaitan.

Berikut merupakan ucapan yang sebenar:

Nama dan Lokasi Penerima: Mak dan Abah (Mustaffa Hj. Abdullah dan Rosnani Md Kassim) di Bandar Baru Bangi Selangor, Mak dan Ayah (Siti Zainab Yusof dan Ramli Mohd Hassan) serta keluarga di Jitra Kedah, Tuan Guru Hj. Md Radzi Hj. Hanafi sekeluarga di Kuala Lumpur, Penaja kami (KPT dan UTM), saudara mara, rakan-rakan dan kenalan di seluruh tanahair.

Ucapan: Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri. Semoga ibadah puasa yang dilalui mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada-Nya. Dari jauh kami memohon ampun dan maaf zahir dan batin. Kali pertama berpuasa dan beraya di perantauan pastinya berbeza daripada tanahair sendiri dan sesungguhnya kami amat merindui suasana di sana. Akhir kata, doakan kejayaan kami di sini dan semoga kita berjumpa lagi.

Nota: Terima kasih kepada Ain kerana tolong scan dan e-melkan gambar di atas.

Tuesday, September 22, 2009

Biskut Almond Lyngby

Hari raya kedua semalam kami tidak ke mana-mana kerana tiada lagi jemputan (raya pertama dah pergi 4 rumah !) dan tiada pula rakan-rakan yang nak datang beraya ke rumah kami. Nak buat rumah terbuka panggil semua tak mampu pula buat masa ni. Apapun jemputlah datang beraya ke rumah kami ye, sekadar ziarah-menziarahi dan makan kuih-muih hehe. Dah lama tiada orang datang melawat teratak kami semenjak housewarming bulan April lepas. Macam sedih pula bunyinya haha. Hari ini saya masih bercuti walaupun tidak ke mana-mana tapi esok dah kena mula bekerjalah. Kalau di kampung di Malaysia tu ada juga aktiviti sampai ke hari 4 dan 5.
Sebenarnya untuk paparan kali ini, saya nak tunjuk satu-satunya kuih raya yang kami buat pada tahun ini. Ia diberi nama Almond Lyngby, sempena tempat ia dibuat bukan di London ye. Tahun ni kena belajarlah nak buat ini semua, kalau di Malaysia memang beli yang siap je. Bulan puasa lepas pun pelbagai jenis kuih-kuih yang Wawa dah buat. Kebanyakannya memang jadi la. Lagi sedap rasanya daripada di pasar Ramadhan. Yela sebab ia dibuat dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih sayang. Nak rasa kuih Almond Lyngby ni jemputlah mai raya rumah kami hehe.

Monday, September 21, 2009

1 Syawal 1430 H

Sambutan 1 Syawal di sini kami mulakan dengan menunaikan Solat Sunat Hari Raya di Kedutaan Indonesia. Seperti yang telah saya katakan di Denmark tiada Kedutaan Malaysia, yang terdekat adalah terletak di Stockholm, Sweden yang agak jauh daripada sini. Masjid besar juga tiada di sini cuma surau yang mungkin agak terhad ruangnya. Tambahan pula rakyat Indonesia juga merupakan rumpun Melayu dan juga mempunyai budaya dan bahasa yang hampir sama dengan kita. Solat Sunat Hari Raya dimulakan dalam jam 9.30 pagi, disambung dengan khutbah Raya dan juga sesi bersalam-salaman dengan semua yang hadir. Di sana kami juga berjumpa dengan rakan-rakan rakyat Malaysia dan Singapura yang lain.

Setelah selesai, kami dijemput oleh Fauzi untuk berhari raya ke rumah mereka di Hellerup. Ini merupakan rumah yang pertama kami kunjungi pada 1 Syawal ini. Ketibaan kami disambut oleh Kak Sue dan Nini siap berbaju raya dengan hidangan kuih-muih dan juga rendang. Setelah itu kami pulang seketika ke rumah kami di Lyngby dan bersiap-siap untuk menyerbu rumah-rumah lain pula. Setelah itu dalam jam 12.00 tgh kami bertolak menuju ke Nordhavn ke rumah Isrin dan Kak Lynn. Di sana kami berjumpa dan berkenalan dengan Kak Bibi (rakyat Malaysia yang tinggal di Arhus) dan juga Kak Rose (rakyat Singapura yang tinggal lama di sini). Antara juadah yang disediakan adalah seperti Rendang, Lontong, Satay Goreng dan lain-lain. Tema pakaian raya kami dan keluarga Isrin adalah merah, sama la pulak. Cadangan seterusnya adalah ke rumah terbuka yang dianjurkan oleh Nazri dan Adila di Bandar Copenhagen. Kami mendapat langkah kanan kerana telah dijemput oleh Kak Bibi untuk menumpang keretanya ke sana. Tahun depan kena sewa kereta la nampaknya kalau nak beraya banyak rumah dengan anak lagi.
Kami tiba di rumah Nazri & Adila di Herluf Trolles Gade pada jam 1.30 petang. Sebenarnya kami baru sahaja mengenali mereka dalam lebih kurang seminggu sebelumnya. Di sana kami berkenalan dengan ramai lagi rakan-rakan Malaysia & Melayu di sana. Rupanya ada ramai lagi orang Melayu yang tinggal di sini. Daripada seorang rakan yang kami temui di sana yang mula tiba di Denmark pada tahun 2000, pada waktu tu masih kurang orang Melayu yang berada di Copenhagen, namun makin lama makin bertambah. Semua yang kami jumpa di sini betul-betul peramah-peramah orangnya, jadi perasaan segan tu berkuranglah sedikit. Di sana antara juadah yang dihidangkan adalah seperti Nasi Briyani, Satay, Lontong, kuih-muih dan banyak lagi.
Setelah itu, kami bertolak pula menuju ke rumah Abdillah dan Kak Azlin di Hoje Taastrup dan tiba lebih kurang jam 4.30 petang. Ini merupakan rumah ke-4 yang kami kunjungi pada 1 Syawal. Memang raya sakan la kami hehe. Dengan berjalan kaki, menaiki bas dan keretapi sahaja agak penat jugalah hari tu, tapi seronok. Namun apa yang memuaskan hati kami adalah kami masih berupaya menghidupkan Hari Raya pertama kami di perantauan ini dengan bersolat Sunat Hari Raya, ziarah-menziarahi rakan-rakan dan juga menikmati juadah-juadah Hari Raya yang tiada bezanya dengan yang ada di Malaysia dengan pakaian Raya masing-masing. Nampaknya ramai juga yang berbaju raya kaler merah tahun ni di Denmark sama seperti kami (sebenarnya recycle sejak 2 tahun lepas haha). Pada tahun ini juga, saya telah mencipta rekod paling lama berpakaian baju Melayu lengkap pada Hari Raya pertama !. Yang peliknya kat Denmark pulak tu haha. Semoga anda semua juga menyambut Syawal dengan ceria dan gembira juga hendaknya.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamu'alaikum kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang sudi mengunjungi blog saya . Di kesempatan ini saya, Azizul Azri Mustaffa dan isteri, Siti Salwa Ramli ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin di atas segala kesalahan dan kesilapan yang mungkin telah kami lakukan terutamanya melalui blog ini. Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh semangat dengan kemenangan yang anda semua telah perolehi insyaAllah. Berhati-hatilah semasa pulang ke kampung dan juga apabila kembali nanti dan jagalah diri dengan sebaik-baiknya. Ikhlas daripada kami di Copenhagen, Denmark.


Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan Salam Aidilfitri kepada kami dan juga telah memberikan kad raya elektronik kepada kami sama ada melalui friendster, facebook mahupun melalui blog ini. Ini pula merupakan satu-satunya kad raya yang perolehi melalui blog ini iaitu daripada mamasyipah. Terima kasih.

Tahun ni merupakan kali pertama kami tak beraya di Malaysia. Perasaan tu agak sedih juga kerana tidak dapat bersama keluarga namun disebabkan keadaan di sini yang seperti tiada apa-apa jadi tidaklah terasa sangat. Tiada yang sibuk nak pulang ke kampung, di universiti pula tidaklah lengang, tiada Pasar Ramadhan. Pendek kata takde sangat suasana Hari Raya seperti di Malaysia, sebab tu tak terasa sangat. Lagipun ramai juga rakan-rakan di sini. Raya pertama di Denmark jatuh pada hari Ahad seperti yang dimaklumkan pihak kedutaan. Esok pagi kami akan bersolat Hari Raya di Kedutaan Indonesia, nak ke Kedutaan Malaysia jauh sangat nun di Stockholm Sweden. Jemputan rumah terbuka pun ade 2 esok ni. Rumah terbuka ni dianjurkan oleh Pn. Adila dan En. Nazri serta En. Abdillah dan Pn. Azlin. Jadi paling tidak suasana Hari Raya seperti di Malaysia dapatlah juga dihidupkan di sini dengan alunan Lagu Raya, hidangan juadah seperti yang ada di Malaysia dan juga rakan-rakan yang berpakaian raya. Apapun nanti saya akan cerita lagi keadaan sambutan Hari Raya yang akan kami lalui di Denmark ni. Tungguuuu.

Saturday, September 12, 2009

Jeruk Buah Pala..

Semalam bungkusan yang ditunggu-tunggu oleh Wawa telah tiba daripada Malaysia. Nak tau apa?. Tapi baca tajuk dan gambar pun dah tau kan. Ya, jeruk buah pala. Saya pun baru tahu mengenai kiriman tersebut, tiba-tiba terjumpa di dapur. Ia telah dihantar oleh adiknya, Khamariah melalui air mail. Ada 3 jenis jeruk buah pala yang dihantarnya. Nampaknya cukup stok sehingga bersalin haha. Dah lama Wawa tu mengidam dengan jeruk buah pala, akhirnya sampai juga dalam genggaman hehe. Saya sendiri tak tahu bagaimana perasaan orang mengandung yang mengidam ni, tapi alhamdulillah orang rumah saya ni tidaklah serius sangat kot. Jika tak dapat pun tak menjadi masalah rasanya, tapi cuma jangan ingatkan jela. Tapi kadang-kadang saya suka juga sakat dia dengan mengingatkannya dengan makanan-makanan tersebut. "Sedapnya kalau dapat makan cucur cempedak kan?" hehe. Alamak kalau Wawa baca ni mesti teringat dengan cucur cempedak pula. Nak minta orang Malaysia poskan cempedak macam tak sesuai pula. Tapi rasanya dah ada jeruk buah pala ni pun dah cukup. Boleh saya menumpang sekaki hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...