Tuesday, April 7, 2009

Sekitar DTU...

Perkongsian saya kali ini adalah berkenaan dengan keadaan universiti tempat di mana sahaja menuntut sekarang iaitu DTU atau Denmark Technical University. Jika dilihat dari segi lanskapnya jika dibandingkan dengan UTM, keadaan lanskap di sini agak membosankan dengan bentuk bangunan yang sama bagi setiap fakulti dan bahagian serta pelabelan bangunan yang tidak begitu jelas (tidak dilabelkan di bangunan). Kadang-kadang saya agak keliru juga dengan kedudukan bangunan di sini. Pada pendapat saya juga keadaan di UTM jauh lebih menarik dengan bangunan yang mempunyai senibina yang unik serta mempunyai bentuk lanskap yang menarik seperti pembinaan Taman Tropika, Taman Rusa dan lain-lain serta dipenuhi pokok-pokok dan bunga-bungaan. Apa yang menariknya di sini, tiada pintu gerbang yang perlu dilalui untuk memasuki kampus dan tiada pegawai keselamatan. Sistem keselamatan di sini lebih tertumpu kepada bangunan di mana hanya staf dan pelajar yang mempunyai pas sahaja yang boleh memasuki bangunan tersebut. Semua papan tanda yang ada di sini pula ditulis dalam bahasa Danish, jadi kena buat-buat faham sahajalah.

Berikut merupakan gambar-gambar saya disekitar DTU dan di bangunan tempat saya belajar.
Di hadapan bangunan pentadbiran DTU
Papan tanda di belakang tu kira macam pintu gerbang la

Papan tanda menuju ke bangunan 227 (KT DTU)


Di hadapan CAPEC
Di pintu pejabat

Di workdesk


Motivation Level Graph for PhD Student...

Source: http://www.phdcomics.com/comics/archive.php?comicid=124

Azizul: Haha..kalau 'weekly meeting with supervisor' memang graf tinggi melambung, macam tau-tau je..'catch up on web surfing', 'happy hour'..memang realiti betul la graf ni..tapi 'consider quitting PhD' ni tidak mungkin bagi diriku..

Tuesday, March 31, 2009

House Warming @ Virum

Pada hari Ahad 28 Mac 2009, Kamaruddin sekeluarga telah mengadakan house warming di rumah sewa mereka di Virum (tempat kami menginap di minggu pertama). Mereka baru sahaja 2 minggu berpindah ke rumah tersebut dan kebiasaannya di sini, setiap keluarga akan mengadakan house warming setelah berpindah ke tempat yang baru. Aktiviti yang dijalankan adalah bacaan Surah Yaasin dan doa selamat serta solat Asar berjemaah. Para jemputan adalah terdiri daripada masyarakat Melayu yang samada bekerja mahupun belajar di sini. Tidak lama lagi giliran sayalah pula mengadakan house warming, nantikan laporannya nanti.

Menu: Bihun Soto, Nasi, Ayam Goreng, Bergedil
Kek yang sedap sehingga menjilat pipi
Pak Herman, Fauzi, Din, Azizul dan Ciput


Sampai ke malam

Di bumi perantauan..

Di dalam apartment tempat kami menyewa terpampang peta dunia yang besar di dinding. Berikut merupakan snapshots peta negara Malaysia dan Denmark yang saya ambil daripada peta tersebut. Sesekali melihat peta tu, teringat kampung halaman. Antara perbezaan ketara yang dialami di bumi perantauan ini adalah dari segi cuacanya yang agak sejuk pada ketika ini (peralihan daripada musim sejuk ke musim bunga). Akibatnya semua badan menjadi kering dan gatal-gatal. Di Malaysia, suasana di luar di sini pada ketika ini adalah seperti berada di dalam bilik berhawa dingin tetapi lebih sejuk kerana suhu di sini adalah antara 5-8 darjah celcius. Namun saya telah dapat membiasakan diri dengan keadaan di sini pada minggu kedua berada di sini. Tidak lama lagi musim bunga akan menjelma, tak sabar rasanya. Cuaca akan menjadi lebih baik (kurang sejuk) dan suasana akan menjadi bertambah menarik (sekarang hampir semua pokok daunnya luruh).

Negara tercinta


Negara tempat menuntut ilmu

Sunday, March 29, 2009

Minggu Pertama di Denmark..

Minggu pertama saya di Denmark, aktiviti saya lebih tertumpu kepada untuk menyelesaikan segala urusan pentadbiran seperti pendaftaran di universiti, pejabat daerah dan pejabat cukai, urusan sewa rumah, membuka akaun bank dan juga membiasakan diri dengan suasana sekeliling dan juga sistem pengangkutan bas dan keretapi di sini. Alhamdulilllah saya mengambil masa yang agak singkat untuk menyesuaikan diri dengan bantuan rakan-rakan yang telah berada di sini terlebih dahulu.

Hari pertama saya di universiti (DTU), saya telah diperkenalkan kepada semua staf dan pelajar PhD di CAPEC yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada pelbagai negara seperti Sweden, Sepanyol, Libya, India, Thailand dan juga Denmark. Antaranya juga merupakan 2 pelajar daripada Malaysia. Di sini bilangan pelajar pasca siswazah terutamanya PhD lebih banyak berbanding pelajar undergraduate. Setelah berkenalan dengan semua, saya diberikan bilik ataupun workspace untuk menjalankan segala aktiviti berkaitan pengajian PhD. Projek yang saya akan jalankan tidak memerlukan kerja makmal hanya memerlukan komputer dan perisian yang berkaitan jadi mungkin selalunya akan berada di bilik sahaja.

Latest CAPEC Newletter have an introduction of me.

Urusan di Pejabat Daerah ataupun Kommune pula bertujuan untuk mendaftarkan diri setelah berada di bumi Denmark untuk mendapatkan nombor CPR (Danish Personal Identification Number) yang membolehkan kami untuk membuka akaun bank dan lain-lain urusan lagi. Setelah itu, maklumat kami akan dimasukkan ke dalam database. Selain itu, saya juga perlu mendaftarkan diri dengan kedutaan Malaysia yang berdekatan iaitu di Stockholm, Sweden melalui e-mail.

Minggu pertama di sini, kami menginap di rumah rakan yang juga merupakan pelajar PhD di DTU. Dalam tempoh itu, kami telah berbincang dengan landlady mengenai apartment yang akan kami sewa dari segi deposit, bayaran sewa dan juga kontrak. Alhamdulillah banyak kemudahan yang terdapat di dalam rumah tersebut dan kedudukannya sungguh strategik berdekatan dengan kedai, pasaraya, bank, panggung wayang (sekali masuk dalam DKK 75) dan juga stesen bas dan keretapi. Kami telah berpindah secara rasmi ke apartment yang baru ini pada hari Ahad. Namun sewa rumah di Denmark sangat mahal jika dibandingkan dengan Malaysia. Saya membayar sebanyak DKK 7500 sebulan termasuk haba dan elektrik. Jika ingin tahu nilainya dalam Ringgit Malaysia (MYR) guna Currency Converter di sebelah. Jangan terkejut !. Di Malaysia rumah macam mana agaknya kalau sewanya sebanyak itu, tentu banglo besar.

Permandangan di depan bangunan apartment di mana kami menginap


Sistem pengangkutan awam di Denmark pula bagi saya sangat baik dan memudahkan. Semua kawasan di sini dibahagikan kepada beberapa zon dan semua tambang adalah bergantung kepada zon-zon yang ingin dilalui. Tiket yang sama boleh digunakan untuk menaiki bas dan juga keretapi, jadi tidak perlu membeli tiket bas dan keretapi secara berasingan asalkan perjalanan yang dilalui di dalam zon yang ditetapkan. Jika perjalanan pergi dan pulang (2 hala) berada di dalam tempoh 1 jam, tiket yang sama masih boleh digunakan!. Bagi orang seperti saya yang menaiki bas setiap hari, saya membeli Monthly Pass yang membolehkan saya menaiki bas bila-bila masa sahaja, asalkan dalam zon dan tempoh yang ditetapkan.

Monthly Pass

2 and 3 Zoner Clip Tickets

Minggu pertama sudah berakhir, secara rasminya kerja-kerja berkaitan PhD perlu dimulakan pada minggu berikutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...