Sehari selepas housewarming di apartment kami, Dayang pula mengadakan jamuan di rumahnya di Virum sempena kepulangannya sementara ke negara tercinta. Dalam perjalanan menaiki bas daripada apartment kami di Lyngby ke Virum, ada sebuah 'sawah' rapeseed. Sebenarnya dah lama kami perhatikan 'sawah' rapeseed yang indah tu, jadi kami mengambil peluang untuk singgah dan bergambar di situ sebentar sebelum ke destinasi yang dituju. Dah lama saya dengar mengenai rapeseed ni, kira ni baru dapat peluang untuk lihatnya secara live. Sumber utama yang boleh diperolehi daripadanya adalah minyak seperti penghasilan minyak masak dan juga biodiesel. Untuk maklumat lanjut mengenai rapeseed ni, boleh klik di sini.
Showing posts with label virum. Show all posts
Showing posts with label virum. Show all posts
Saturday, May 23, 2009
Tuesday, March 31, 2009
House Warming @ Virum
Pada hari Ahad 28 Mac 2009, Kamaruddin sekeluarga telah mengadakan house warming di rumah sewa mereka di Virum (tempat kami menginap di minggu pertama). Mereka baru sahaja 2 minggu berpindah ke rumah tersebut dan kebiasaannya di sini, setiap keluarga akan mengadakan house warming setelah berpindah ke tempat yang baru. Aktiviti yang dijalankan adalah bacaan Surah Yaasin dan doa selamat serta solat Asar berjemaah. Para jemputan adalah terdiri daripada masyarakat Melayu yang samada bekerja mahupun belajar di sini. Tidak lama lagi giliran sayalah pula mengadakan house warming, nantikan laporannya nanti.
Labels:
housewarming,
virum
Subscribe to:
Posts (Atom)