Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan kenalan di mana sahaja anda berada di dunia ini. Semoga Ramadhan yang anda lalui pada tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnnya dan semoga semua dapat memperoleh taqwa sepertimana firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, disyariatkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah disyariatkan ke atas kaum yang terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu mendapat taqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 183.
Buat kami di sini, ini merupakan pengalaman kali ketiga kami melalui bulan Ramadhan di perantauan. Antara cabaran yang dilalui di sini adalah berpuasa selama 17-18 jam sehari memandangkan sekarang merupakan musim panas yang mana waktu siangnya lebih panjang daripada waktu malam. Namun mungkin ia seimbang dengan cuaca yang lebih sejuk berbanding dengan di Malaysia yang mana waktu puasanya adalah antara 13-14 jam sehari. Namun, Alhamdulillah kami dapat melaluinya dengan baik. Waktu Isyak pula pada masa sekarang adalah lebih kurang 11.00 malam. Agak mencabar jugalah untuk bersolat Tarawikh pula kerana rasa mengantuk tu dah mula terasa. Apapun itulah cabarannya berada di sini berbanding dengan masa di Malaysia yang nampaknya agak ideal. Tapi saya pasti masih ramai lagi insan yang melalui cabaran yang lebih teruk semasa bulan Ramadhan. Semoga Allah memberi kesabaran kepada mereka.
Assalamu'alaikum..
ReplyDeleteSgt menarik dan bestnyer dpt baca pengalaman berada di rantau org.. Teruskan mengemaskini info dan pengalaman yg ada serta selamat berjaya buat a.Gjul, K.Wa2 n family dlm m'harungi cabaran di bulan Ramadan di sana.
Kami di sini sentiasa m'doakan kejayaan kalian (",*
salam azizul sekeluarga. slmt berpuasa di rantau org buat kali ke-3 nya. lama jgk saya x menjenguk ke sini, rupanya dah balik drpd seoul. eilman pon dah besar la, dah bole berlari apa semua.
ReplyDeleteqopa: wslm..terima kasih..insyaAllah..selamat juga buat qopa sekeluarga..
ReplyDeleteoyis: wslm..selamat berpuasa juga buat oyis sekeluarga..hmm kejap je rasa Eilman membesar..rasa kejap je masa berlalu..PhD pun dah nak habis tahun depan, insyaAllah