Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan

Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-54 buat seluruh rakyat Malaysia. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada kami sekeluarga di Copenhagen, Denmark. Khas buat keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali diri kami, sila klik di sini untuk melihat ucapan Salam Perantauan kami yang disiarkan secara online di Utusan.com.


Sila layan gambar-gambar shooting raya kami (terutamanya Eilman) yang di ambil di Frilandsmuseet, Lyngby.







Wednesday, August 17, 2011

Eilman @ 1 Tahun 6 Bulan

Minggu ni Eilman akan mencecah umur 1 tahun setengah. Rasa sekejap je Eilman membesar. Semakin lama semakin aktif dan semakin cerdik. Tapi gigi agak lambat nak tumbuh, sekarang ni baru ada 7-8 batang gigi sahaja. Sekarang Eilman suka dan pandai meniru gelagat orang di sekelilingnya terutamanya Ibu dan Ayahnya la. Pandai tiru orang solat dengan gayanya yang tersendiri siap dengan ruku' dan sujud sambil mulut terkumat-kamit hehe. Suka dan banyak bersembang, tapi masih belum faham lagi apa yang dia cakap hehe. Mungkin adala 2-3 patah perkataan yang kita faham. Makanan kegemaran yang terkini adalah papadom haha.

Apapun bukan mudah nak membesarkan anak, perlukan kesabaran yang tinggi. Dengan pelbagai kerenah, tambahan pula di umur sebegini mereka masih belum boleh memahami sepenuhnya banyak perkara yang kita larang dan nasihat.

Di sini dipaparkan gambar-gambar gelagat Eilman khasnya buat tatapan Mak Tok, Tok Wan dan Tok di Malaysia.


Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadhan 1432 H

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan kenalan di mana sahaja anda berada di dunia ini. Semoga Ramadhan yang anda lalui pada tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnnya dan semoga semua dapat memperoleh taqwa sepertimana firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, disyariatkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah disyariatkan ke atas kaum yang terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu mendapat taqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 183.

Buat kami di sini, ini merupakan pengalaman kali ketiga kami melalui bulan Ramadhan di perantauan. Antara cabaran yang dilalui di sini adalah berpuasa selama 17-18 jam sehari memandangkan sekarang merupakan musim panas yang mana waktu siangnya lebih panjang daripada waktu malam. Namun mungkin ia seimbang dengan cuaca yang lebih sejuk berbanding dengan di Malaysia yang mana waktu puasanya adalah antara 13-14 jam sehari. Namun, Alhamdulillah kami dapat melaluinya dengan baik. Waktu Isyak pula pada masa sekarang adalah lebih kurang 11.00 malam. Agak mencabar jugalah untuk bersolat Tarawikh pula kerana rasa mengantuk tu dah mula terasa. Apapun itulah cabarannya berada di sini berbanding dengan masa di Malaysia yang nampaknya agak ideal. Tapi saya pasti masih ramai lagi insan yang melalui cabaran yang lebih teruk semasa bulan Ramadhan. Semoga Allah memberi kesabaran kepada mereka.

Marbæk Strand, Frederikssund

Pada setiap Ahad pertama bagi setiap bulan di Copenhagen, setiap perjalanan yang menggunakan S-tog (tog dalam bahasa Danish bermaksud keretapi) adalah percuma, tapi kena check jugalah laman web syarikat keretapi berkenaan untuk kepastian. Maka di kesempatan itu kami sekeluarga telah berkunjung ke Frederikssund, yang merupakan stesen terakhir pada line C. Perjalanan kami bermula daripada stesen Holte (yang paling hampir dengan penginapan kami) di line B dan terus ke Valby di line C. Daripada Valby, kami terus ke Frederikssund.


Kira jimatlah DKK 60 (dalam RM 30) untuk perjalanan pergi dan balik. Pelan perjalanan tersebut adalah seperti di dalam peta di atas. Kenapa ke Frederikssund?. Tak tahulah, mungkin saje nak tengok permandangan semasa dalam perjalanan ke sana (memandangkan ia antara stesen paling hujung dalam pelan S-tog) dan nak lihat apa yang menarik di sana.

Di Frederikssund, kami bercadang untuk ke Marbæk Strand untuk bermandi manda. Survey di internet pun nampaknya di situlah antara tempat yang nampak macam menarik. Tapi boleh tahan juga sejuknya air di Marbæk Strand tu. Orang memang ramai, tapi nampaknya semua lebih suka berjemur daripada mandi air yang sejuk. Mula-mula tu tak tahan juga nak mandi, tapi lama-lama dah okay sebab mungkin badan dah mula menyesuaikan dengan suhu air. Eilman pun tak tahan sejuk, cuma berani masukkan kaki je dalam air yang sejuk tu. Waktu summer pun air masih sejuk lagi. Sebenarnya di Frederikksund kami hanya ke sini je. Malas rasanya nak jalan-jalan banyak-banyak, lagipun takde la rasanya apa-apa tempat yang begitu menarik di kawasan sekitar. Saje nak isi masa hujung minggu bersama keluarga sambil explore beberapa tempat di Denmark ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...