Saturday, November 27, 2010

Salji Tebal..

On the way to the bus stop

Hari ni salji turun dengan lebatnya (suhu -2 darjah Celcius) di Copenhagen, Denmark, mungkin antara hari yang paling lebat dalam minggu ni dan seterusnya. Salji mulai turun di Denmark pada tahun ni, Jumaat lepas (19 Disember 2010), lebih awal berbanding tahun lepas di mana salji mulai turun pada bulan Disember. Saya sangkakan mungkin salji tersebut dibawa oleh angin daripada tempat lain yang sudah pun turun salji seperti di beberapa tempat di Sweden dan Finland kerana 4 hari seterusnya salji tidak lagi turun dan keadaan sekeliling kembali kepada keadaan sebelumnya (tidak berais, semua cair kerana suhu kembali meningkat). Walau bagaimanapun, salji mulai turun kembali mulai hari Rabu (25 November 2010) sehingga ke hari ini. Nampaknya secara rasminya sekarang adalah musim sejuk. Baru je publish post mengenai musim luruh, dah masuk musim sejuk dah.

Menunggu bas

Walaupun salji turun dengan lebatnya hari ni, namun ia tidak menghalang kami sekeluarga untuk menjalani outdoor activity. Sebenarnya rakan-rakan kami di sini telah merancang untuk bersama-sama pergi sledding/sledging di Tasik Virum (Furesø) hari ni memandangkan keadaan salji yang tebal yang sesuai untuk aktiviti ini. Semalam lepas balik daripada sekolah, saya dan keluarga dah pergi ke Lyngby Storcenter untuk membeli kelengkapan yang sesuai seperti winter/snow shoes dan sled, punyalah bersemangat.

Salji turun lebat

Maka tadi kami pun keluar lah meredah salji tebal untuk ke tasik berkenaan menemui rakan-rakan yang lain. Namun apabila tiba di tasik berkenaan, Eilman pula meragam kerana mungkin kerana tidak tahan sejuk, lapar atau tidak sedap perut. Tambahan pula di tempat tersebut tiada ruang berteduh yang sesuai untuk memberi susu/makan serta memanaskan badan. Maka kami bercadang untuk pulang sahaja. Sempat la saya sled 2 kali, alang-alang dah sampai. Ingat nak tengok Ibu sled dengan Eilman sebab tahun lepas Ayahnya je yang main, Ibu tak boleh sebab mengandung pada waktu tu. Tapi mungkin lain kali je kot, kesian pula tengok Eilman tu. Lain kali mungkin kena pastikan Eilman tidur, makan secukupnya dan buang air besar siap-siap supaya tidaklah meragam. Lagipun tadi apabila tiba di tasik tu, salji masih turun dengan lebatnya. Mungkin dia tak berapa selesa. Namun sempatlah juga saya mengambil beberapa gambar suasana salji tebal hari ni. Nanti dah dapat peluang sled dengan Ibu dan Eilman, bolehla ambil video pula.

Antara orang-orang putih yang sedang bermain sledding

3 comments:

  1. wah... lebat sungguh snow di sana ye? puas hati la kalo main sledge tu :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum. Kalau dah Feb camni boleh lagi ke nak pergi sledding di Fureso?

    ReplyDelete
  3. Wslm..sekarang snow dah cair semuanya..maka kurang sesuai utk sledding..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...