Saturday, October 30, 2010

Eilman @ 7-8 Bulan..

Pejam celik, pejam celik kejap je Eilman dah 8 bulan. Sekarang ni dah semakin aktif. Setakat ni perkembangan Eilman, dia sudah pandai mengesot dengan pantasnya. Sebenarnya Eilman ni belum pandai merangkak dengan betul lagi menggunakan tangan dan lututnya, jadi buat masa ni dia hanya mengesot. Bagi yang tak faham apa mengesot tu, bolehla tengok video yang disertakan. Tapi sekarang juga dia sudah mula memanjat, mungkin dah mula nak belajar jalan kot, walaupun belum pandai merangkak betul lagi hehe.

Setakat ni gigi pula masih belum tumbuh tapi dah mula makan makanan yang lebih keras seperti roti yang dicelup susu atau yogurt. Selain itu, Eilman ni dah kurang minat sangat nak main barang mainan yang kami beli. Antara barangan yang dia minat sekarang ni adalah seperti remote control, wayar, adaptor, handphone, jam tangan, cawan kaca dan yang sewaktu dengannya hehe dan lepas dapat tu mesti masuk dalam mulut. Semua benda dia nak masuk dalam mulut huhu. Lagi satu Eilman dah suka memunggah barang sama ada di dalam almari dan beg. Semua ni menunjukkan betapa aktifnya dia sekarang mengesot ke sana ke mari.
Apapun memang seronok la melihat perkembangan anak ni. Bila balik je daripada universiti mesti tak sabar nak jumpa Eilman melihat segala gelagatnya. Memang menghiburkan dan tenang je rasa hati, lupa terus segala masalah di tempat kerja. Alhamdulillah syukur atas kurniaan-Mu ini..
Hasil daripada trip kami ke Kedutaan Malaysia di Stockholm tempoh hari, Eilman telah pun berjaya memperolehi passportnya, 20 hari selepas urusan dibuat. Boleh tahanlah juga cepatnya. Sekarang bolehlah kami bawa Eilman berjalan-jalan hehe.

Video di atas pula menunjukkan gelagat Eilman bermain dengan remote controlnya hehe. Bukan main seronok lagi dia.

1 comment:

  1. Mak tok dan Wan tak sabar tunggu Eilman balik ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...