Monday, November 16, 2009

Malam Semakin Pantas Menjelma..

Pada ketika ini cuaca di Denmark saya kira bahawa ia sedang dalam peredaran daripada musim luruh kepada musim sejuk. Makin hari suhu makin turun, hampir setiap hari hujan turun dan makin hari rasa tekak ini kering dan sakit dan juga sedikit selsema. Kalau nak benar-benar memastikan diri sendiri selesa dan sihat dalam keadaan cuaca sejuk sebegini maka kenalah pastikan diri sentiasa panas dengan memakai baju 2-3 lapis, dengan sarung tangan dan juga penutup kepala apabila berjalan di luar. Beginilah keadaannya di sini, pakaian berubah mengikut musim. Nak pakai t-shirt, pakai sandal semasa keadaan sejuk ni semestinyalah tak sesuai. Berbeza dengan keadaan di Malaysia yang mana pada setiap masa sama sahaja pakaiannya. Inilah antara pengalaman baru kami disini.
Selain itu, antara yang ketara perubahan dan pengalaman yang kami alami di sini adalah dari segi masa. Pada ketika ini, matahari terbit pada jam 7.49 pagi dan terbenam pada jam 4.00 petang ! Keadaan mula cerah pada jam 8.00 pagi (itupun jika tak hujan) dan gelap semula pada jam 4.00 lebih, 8 jam sahaja waktu siang sehari ketika ini. Waktu Zohor seawal jam 11.55 pagi diikuti waktu Asar jam 1.38 petang. Waktu Maghrib pula pada jam 4 petang diikuti waktu Isyak pada jam 6.04 petang. Keadaan masa ini meninggalkan saya dalam keadaan yang janggal memandangkan inilah pengalaman pertama saya menghadapi keadaan begini. Bila tiba jam 2 keadaan sekeliling dah nampak macam petang. Bila keadaan sudah gelap pula terasa macam sudah lewat pula. Padahal baru pukul 4 atau 5 petang (biasanya saya pulang antara jam 6-8 petang). Kadang-kadang terasa macam nak balik pula walaupun masih awal. Bila balik antara jam 6-8 petang tu keadaan di luar dah gelap gelita. Memang benar sebenarnya keadaan di luar mempengaruhi mood kita. Tapi untunglah siapa yang suka buat kerja pada waktu malam tu. Saya bila dah malam ni rasa malaslah sedikit hehe. Apapun ini satu pengalaman yang menarik untuk dilalui.

4 comments:

  1. wah..mcm best je...tringin nk pegi sna..

    ReplyDelete
  2. di UK pon lbh kurg gitu la waktunya. mmg agak susah nak berjalan2 or go town utk shopping, sbb cukup 2 jam je masuk waktu solat yg lain plak dah. terkejar2!

    mmg kena pki baju tebal, kalo x asyik la batuk, selsema, demam. masa tahun lps mmg asal pkl 5 je rasa gelabah2 nak balik dari lab sbb dah gelap gile, tp this winter mcm x efek sgt dah. i go to the lab lewat, so balik dlm kl 8-9 mlm mcm tu. maybe sbb keja pon byk so nak x nak kena stay jg la opis. plus, it helps yg my desk x ngadap window hehe... tp kena rajin tgk2 kat luar /jam jg, sbb slalu x perasan dah nak abes waktu solat hehe

    ReplyDelete
  3. Rizal: memang best pun sebab pengalaman baru..tetapkan matlamat untuk ke sini..maka insyaAllah akan sampai..

    Oyis: saya pun sama di sini..kena sentiasa perhatikan masa takut terlepas waktu Solat..tapi nasib baik ada reminder di komputer..nak keluar pun kena rancang dulu pastikan ada tempat untuk Solat atau sempat balik..

    ReplyDelete
  4. Masa ni even the danes pun akan kena depression. Sbb siang terlalu singkat. I forgot apa nama sindrom tuh. So, make sure penuhkan hari dgn aktiviti2 yg sepatutnya. Kalau boleh keluar, keluar jalan2. Kitorg dulu masa winter siap pakai lampu putih. Konon2 nak bagi terang mcm siang hari. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...