Antara aktiviti Wawa semasa berada di sini adalah menghadiri kelas bahasa Danish. Gambar di atas merupakan gambar bersama dengan rakan sekelasnya. Seperti yang saya telah ceritakan sebelum ini, orang Danish ni suka bercakap menggunakan bahasa mereka dengan kami (walaupun dah nampak muka kami ni bukan orang tempatan). Surat-menyurat dan papan-papan tanda juga kebanyakannya dalam bahasa mereka. Jadi mempelajari bahasa Danish ni penting juga la bagi memudahkan lagi pemahaman. Yang penting dapat tahu kata kunci dia pun jadila. Di samping itu, boleh juga mengisi masa lapang orang rumah saya tu, dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru yang rata-rata baru sahaja tinggal di Denmark ni. Kelas bahasa Danish ni terbahagi kepada 6 modul untuk selesai dan boleh mengambil masa lebih kurang setahun setengah untuk selesai sekiranya belajar berterusan. Setiap penghujung modul, setiap pelajar perlu mengambil ujian untuk membolehkan mereka teruskan untuk modul berikutnya.
Khamis lepas merupakan ujian bagi Modul 1 dan Alhamdulillah Wawa telah lulus dan esok akan bermula kelas Modul 2 pula. Ada juga yang gagal ujian tu sebenarnya walaupun Modul 1 (yang hanya terdiri daripada ujian oral). Menarik juga bahasa Danish ni, cuma susah bab nak menyebutnya tu. Tambahan pula, sebutannya tidak sama dengan ejaannya seperti bahasa Melayu yang baku ni. Apapun menarik juga dapat belajar bahasa baru selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ni.
supportive hubby..=>
ReplyDelete