Seperti biasa bila tiba je hari minggu, kami mesti keluar rumah. Yela bosan juga duduk di rumah sepanjang hari. Hari Sabtu lepas kami telah ke sebuah pasaraya di Orestad iaitu Field's yang dikatakan pasaraya yang terbesar di Scandinavia. Tapi rasanya Mid Valley di Malaysia lagi besar berbanding Field's ni. Cadangnya kami nak beli kasut, sweater ataupun apa-apa yang menarik dan murah. Yela, kami datang dulu maksimum 40 kg barang je boleh bawa, jadi yang lain-lain kena la beli. Nak beli pula di Denmark kena la tunggu yang murah-murah.
Pada hari Ahad pula pada waktu petang kami pergi la jalan-jalan di Sophienholm. Sebelum ni nampak daripada dalam bas je, nampak macam menarik tempatnya. Jadi kami pun bercadanglah untuk mengisi masa lapang petang tu untuk jalan-jalan ke Sophienholm. Tempat ini terletak berdekatan dengan sebuah tasik dan biasanya pengunjung datang ke sini bersama keluarga untuk berekreasi, berkelah dan juga berjoging.
No comments:
Post a Comment