Hari ini Ahad 7 Jun, aktiviti pertama kami ialah memborong barang-barang dapur dengan banyaknya di Fakta, Netto, Superbest dan juga Fotex, hahaha 4 kedai sekaligus tu. Biasanya kedai pada hari Ahad memang tutup tapi disebabkan hari ni hari Ahad pertama dalam bulan Jun ni maka bukalah ia. Tambahan pula semua kedai-kedai ni sedang mengadakan jualan murah untuk produk-produk tertentu yang berbeza antara satu kedai yang lain. Untuk memastikan perbelanjaan dapat dilakukan dapat keadaan yang optimum, maka kenalah cari barang-barang yang murah. Tambahan pula apartment kami ni sangatlah dekat dengan kedai-kedai yang telah disebutkan di atas.
Setelah membeli belah dan makan tengahari, kami pergi semula mencari kedai Computer City (yang semalam sampai sesat tu hehe) untuk mencari printer yang kononnya diidam-idamkan tu. Memang sekarang tengah ada summer sale di kedai tu, jadi ada barang-barangnya yang dijual dengan murah dan berpatutan. Di samping tu kami jalan-jalanlah di sekitar Nordhavn dan juga merakamkan kenangan di sana. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai Nordhavn.
"Nordhavn is the northernmost part of the Copenhagen docks and today it houses various dock activities such as a container terminal and a passenger terminal. Nordhavn has an amazing location close to the central areas of Copenhagen and to the trains and the regional roads of the city. At the same time, Nordhavn has unique landscape qualities and beautiful views of the open Øresund and piers, docks and channels"
Setelah itu, kami terus menuju ke Hellerup di mana kami mendapat jemputan daripada Pn. Suejoshua dan keluarga untuk menyertai BBQ di rumah mereka. Sebelum tu kami singgah di rumah Poji terlebih dahulu. Ini kali pertama kami ke sana. Memang seronok dapat berkumpul dengan rakan-rakan yang lain di sini di samping dapat makan makanan-makanan yang sedap :).
No comments:
Post a Comment