Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga bersama beberapa rakan kami yang lain telah berkunjung ke Malmö, Sweden. Daripada Copenhagen, kami menaiki keretapi terus ke Malmö yang mengambil masa hanya 35 minit melalui jambatan Øresund yang menghubungkan antara Denmark dan Sweden. Tujuan kami ke sana adalah yang pertama untuk memenuhi jemputan rakan kami, Tazril (pelajar Malaysia di Malmö) sempena International Week yang dianjurkan oleh universitinya dan juga yang kedua untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Malmö memandangkan kami belum pernah ke sana. Di sana juga kami telah bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain yang sedang belajar di Malmö dan juga Lund.
Saturday, July 31, 2010
Jalan-Jalan Malmö, Sweden
Labels:
jalan-jalan,
Malmö
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,sy student dari morocco.nanti nak travel ke stockholm sweden,sy nak tanya doktor ada x contact atau fb student malaysia yang belajar dekat stockholm?terima kasih
ReplyDelete