Sunday, June 20, 2010

Mak Abah @ Copenhagen

Pada 28 Mei hingga 18 Jun 2010 yang lepas, Mak dan Abah saya telah berkunjung ke Denmark untuk bertemu dengan cucu pertama mereka, Eilman :). Eilman begitu seronok dengan kehadiran Mak Tok dan Tok Wannya. Yela, selama 2 minggu tinggal dengan Ibunya saje tiba-tiba Ayahnya datang dengan Mak Tok dan Tok Wan. Mak Toknya pula suka melayan Eilman setiap hari, kelihatannya sentiasa tersenyum dan ketawa. Semasa isteri saya bersalin tempoh hari mereka tak berkesempatan untuk datang. Setelah 4 bulan barulah mereka berkesempatan untuk ke sini.
Selama Mak dan Abah berada di sini, kami membawa mereka melawat bandar Copenhagen, Amalienborg, Frederiksborg Castle, Nyhavn, Stroget dan pelbagai tempat yang lain. Terima kasih diucapkan buat Mak dan Abah yang sudi melawat saya dan keluarga di sini. Minta maaf atas segala kekurangan dan kesalahan kata semasa berada di sini.

2 comments:

  1. seronotnya bila parents dtg melawat... mesti diorg sayang sgt2 n rindu dkt cucu ni kan? cucu 1st la katakan... aisyah pon cucu 1st on my side of the family. kalo tepon / chat dgn my parents, 1st question always psl aisyah dah, never psl anak menantu ni ha hehehe

    ReplyDelete
  2. Eilman la yang paling seronok hehe..Sebelum dapat anak ni, Mak asyik tanya je bila nak dpt anak..Jadi bila dah dpt ni sudah semestinya diorg sgt gembira..Sambil tgk cucu sambil lawat anak dan menantu..By the way, happy belated birthday to Aisyah :)..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...