Saturday, April 24, 2010

Gelagat Eilman..

Sekarang Eilman dah masuk 2 bulan lebih dan beratnya pula dah 5 kilo lebih. Makin lama makin mudah untuk dijaga kerana sekarang Eilman dah mudah tidur malam. Kalau terjaga pun hanya untuk menyusu atau tukar lampin dan setelah itu dia tidur kembali. Kalau awal-awal dulu agak sukarlah juga Eilman ni nak tidur malam tapi sekarang dah bertambah baik. Cabaran sekarang tidaklah sesukar pada waktu awal-awal dulu. Sekarang Eilman dah pandai senyum dah dan juga pandai berkata-kata. Tapi cakap bahasa yang dia seorang jela yang faham. Tapi kadang-kadang ada maknalah juga perkataan yang dia sebut tu. Antara perkataan yang dia sebut adalah seperti "bulat", "gemuk", "ungu", "hello" dan yang saya agak kagum tu pagi tadi Eilman ada sebut "Ibu" ! Memang sebijik dia kata perkataan "Ibu" tu. Mungkin kebetulan je kot hehe.

Di sini saya ada sertakan 2 video Eilman berkata-kata. Video pertama ntah apalah yang Eilman mengadu dengan Ayah dia tu. Ajak keluar jalan-jalan agaknya. Tetiba terkeluar perkataan "ungu" daripada mulutnya.

Video kedua ni pula Eilman tengah buat-buat cakap dengan seseorang di telefon. Mungkin dia tiru kami yang selalu telefon keluarga di Malaysia kot. Boleh pula dia cakap "hello" tu. Pastu sedih kot 'orang' di talian tu tak jawap hehe. Layankan jela.

5 comments:

  1. haha..bagusnye anak abg zizol ni..
    baru 2 bulan da pandai cakap ke?
    sukenye eme tengok.. haha..comel comel comel..
    bijak budak ni kalo da beso nti kan..
    InsyaAllah..
    hehe..sukenye nengok..haha

    ReplyDelete
  2. ooo cuteness overdose! eilman comel!

    as they get older, they tend to settle into a routine so senang sket nak jaga. but when they go past 18 months, dah agak unpredictable and dkt2 umur aisyah ni (2 thn), dah mmg susah nak jaga bcoz she refuses to nap dah. kalo ikut my hubby la yg dah dkt 2 thn jd stay-at-home-dad ni, he says peringkat eilman ni lebih senangg jaga berbanding skang hehe (during daytime when I am at work)

    ReplyDelete
  3. bijaknyerrr eilman teww.. eheh

    ReplyDelete
  4. minta maaf sebab lambat balas hehe..

    eme: hehe..mungkin kebetulan je kot..insyaAllah..
    oyis: oo begitu ye..nampaknya makin bertambah usia anak tu makin besarlah cabarannya ye huhu..
    en_me: terima kasih..

    ReplyDelete
  5. comelnya eilman - memang sangat cute bila umur ni - bila la nak jumpa eilman ni ye - tunggu auntie (ke mak long - haha) - kaya boleh la p sana ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...