Saturday, October 24, 2009

Apartment: Sambung atau Pindah..

Kontrak apartment yang kami tinggal sekarang akan tamat pada pertengahan bulan Disember, tak sampai setahun pun (kami sampai sini pada Mac 2009). Lokasi apartment ni sangat strategik, betul-betul di tengah-tengah bandar Lyngby. Semuanya dekat, bank, pejabat pos, stesen bas/keretapi, pasaraya-pasaraya, kedai-kedai boleh dicapai dengan hanya beberapa langkah sahaja (bukan 2-3 langkah dah boleh sampai, tapi maknanya jalan kaki pun boleh sebab dekat). Untuk ke universiti pun dalam 8 minit menaiki bas dah sampai ke destinasi. Daripada segi sewa (DKK 7500 termasuk air, letrik dan haba) mungkin boleh dikatakan berpatutan. Tapi ada yang kata mahal, tapi ada juga yang kata murah. Pendek kata, memang kami selesa la tinggal di sini. Walaupun di tingkat 3 dan tiada lif, boleh juga exercise. Mula-mula penat jugalah tapi lama-lama dah biasa.
Namun baru-baru ini tuan rumah (yang sekarang sedang bekerja di Greenland dengan kontrak sehingga Disember ini) ada menghantar e-mel menawarkan kepada kami untuk menyambung lagi kontrak sewaan rumah sehingga Disember 2010. Katanya dia dapat sambung kontrak kerja di sana. Wah itu tawaran yang menarik! Tapi dalam pada itu ada juga bahagian yang tidak menariknya tu. Selepas kontrak asal kami tamat tuan rumah tersebut bercadang untuk tinggal di apartment ni sementara sehingga 1 Februari 2010 sebelum kembali semula ke Greenland dan ingin juga mengambil barang katanya. Maknanya kami terpaksa cari tempat lain sementara mereka tinggal di sini jika kami ingin menyambung kontrak (mulai Februari sehingga Disember 2010). Hmm agak sulit juga keadaannya sebab rasanya susah nak jumpa orang yang sanggup sewa rumahnya hanya untuk sebulan. Nak tumpang rumah kawan-kawan di sini segan pula.

Jadi sekarang di fikiran saya ada 2 pilihan yang mungkin saya akan ambil. Pertama cari tempat tinggal sementara (samada tumpang rumah kawan-kawan di sini atau cari dalam internet kalau-kalau ada yang sedia sewakan hanya sebulan) atau cari terus tempat penginapan yang baru. Sekarang pun tengah cari juga kot-kot dapat tempat murah dan juga sesuai dan boleh sewa terus sampai habis PhD. Tapi tu la kalau masuk rumah baru tu nak kena kemas, sesuaikan diri dan lain-lain. Apapun saya lebih berat kepada untuk sambung je kontrak tu. Lagipun di rumah ni macam-macam ada seperti (selain yang standard seperti peti ais dan mesin basuh) microwave, penyedut hampagas, mesin pembuat kek (saya suka makan kek hehe), televisyen, katil, meja kerusi dan lain-lain. Apa pendapat korang ?..

2 comments:

  1. Stay je. penat tu nak pindah umah. tumpang la kejap kwn2..wawa pun dah sarat dah tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...