Hari minggu lepas kami telah berkunjung ke Søllerød Loppemarked di Holte. Loppemarked atau flea market (dalam Bahasa Inggeris) ini banyak terdapat di Denmark ni yang mana di sini banyak dijual barang-barang terpakai seperti baju-baju, kasut, pinggan mangkuk, gelas, barang-barang antik dan sebagainya dan dijual pada harga yang berpatutan. Ada yang nampak macam dah buruk sangat tapi ada juga yang nampak seperti baru. Ni loppemarked yang ketiga dah kami kunjungi selain di Lyngby dan di Kongens Nytorv. Masa kami datang hari tu ramai juga orang-orang Denmark yang berkunjung ke loppemarked ni. Loppemarked ni juga biasanya diadakan pada musim panas sahaja. Macam di UK rasanya macam carboot sale la kot. Suasana die kira macam pasar malam di Malaysia, cuma barang yang dijual sahaja yang berbeza. Di Malaysia tak pasti ada atau tidak barangan yang dijual sebegini, tak pernah jumpa lagi.
Bercakap pasal pasar malam ni hai rindu pula pada pasar malam di Malaysia tu. Kami di Malaysia tiap-tiap minggu pergi pasar malam, kira kaki pasar malam la sampai abang jual murtabak tu dah kenal hehe. Kira datang loppemarked ni bolehla mengubat kerinduan terhadap pasar malam di Malaysia tu.
No comments:
Post a Comment