Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua, walaupun dah nak habis bulan Januari ni. Biasanya bila masuk je tahun baru Masihi ni pasti kebanyakan orang akan berkata mengenai azam tahun baru. Tapi saya rasanya tidak pernah menetapkan apa-apa azam tahun baru. Perancangan bagi setiap perkara itu tetap ada tetapi tidaklah berdasarkan tahun baru. Apapun ia dapat memberi kesedaran kepada kita tentang betapa cepatnya masa berlalu. Bila masuk tahun baru je orang akan kata, oh dah masuk tahun 2010 dah, maka kita akan sedar mengenai perjalanan masa yang pantas. Seperti saya yang sedang mengikuti pengajian PhD di sini, pastinya masa itu sangatlah penting. Sedar tak sedar dah hampir masuk 1 tahun saya berada di perantauan ini. Namun apa yang sebaiknya, segala perkara yang telah lepas harus kita jadikan pedoman. Perkara yang baik harus diteruskan dan yang tidak begitu baik tu kita perbaiki dan pastikan supaya ia tidak berlaku lagi. Selain melihat masa lepas, kita juga harus melihat ke hadapan. Kita harus mengkaji setiap usaha kita dan kesannya terhadap masa depan. Tetapkan sasaran usaha sungguh-sungguh untuk mencapai sasaran tersebut. Nasihat ini untuk saya sebenarnya dan semoga yang lain juga mendapat manfaatnya. Dah hampir tempoh setahun ni sebenarnya saya agak risau juga dengan perkembangan pengajian saya ni, ada pasang dan surutnya. Ada rakan berkata kalau risau tu maknanya normal la tu hehe. Apapun saya percaya bahawa jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan disertai doa, InsyaAllah kita boleh berjaya.
Selain bab pelajaran, ini juga merupakan pengalaman tahun baru pertama saya di Denmark ni. Pada malam tahun baru lepas saya telah dijemput oleh rakan kami di sini iaitu Kak Adila & Nazri untuk ke rumah mereka untuk menyambut tahun baru dengan disertai dengan rakan-rakan yang lain. Selain dapat berkumpul, apa yang menarik minat saya adalah bunga api. Di Denmark, semua orang dibenarkan untuk membeli dan bermain bunga api pada malam tahun baru. Jadi pada malam tersebut ramai lah orang-orang tempatan yang bermain bunga api termasuk rakan-rakan kami di sini. Memang seronok dan menarik. Pada malam itu juga merupakan kali pertama saya berkaraoke hehe. Boleh tahanla juga ke lautnya haha. Pada hari keesokannya pula kami telah dijemput oleh Kak Sue dan Joshua ke rumah mereka untuk jamuan sempena tahun baru.
Pada bulan Januari ini juga, komuniti pelajar PhD di Denmark ini telah bertambah seorang lagi iaitu Suriyati yang merupakan seorang pensyarah di UMP, Pahang yang menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di DTU. Selamat datang kami ucapkan dan semoga berjaya dalam pengajian yang dilalui.
Nota: Entri ini dipaparkan pada 7 Februari 2009. Ia bertarikh 24 Januari kerana telah disimpan dalam draft. Saya cuba copy dan paste ke posting yang baru namun tidak berjaya.