Thursday, June 25, 2009

Sudah Sampai

Alhamdulillah bungkusan daripada Bangi, Malaysia telah pun tiba hari ini lebih awal daripada yang dijangkakan. Terima kasih kepada Mak dan Abah kerana bersusah payah mengirim barangan tersebut. Barangan tersebut 3 kotak kesemuanya dikirim pada 5 Mei 2009 menggunakan Sea Mail dan tiba pada hari ini 25 Jun 2009. Barangan-barangan tu semua adalah barangan keperluan yang sama ada mahal harganya di sini atau yang sukar didapati disini. Seronok pula rasanya bila barangan tu semua dah sampai dengan selamat. Terlepas sikit rindu pada barangan Malaysia. Sekarang kami sedang menunggu lagi satu bungkusan daripada keluarga Wawa hehe.

3 comments:

  1. tepung kentaki berkotak2.. paling kanan tu belacan ke? hehehe

    ReplyDelete
  2. noorulaz: 3 kotak je tepung kentaki tu hehe..paling kanan tu ada serunding, udang kering, ikan bilis..
    nunya: walaupun rindu Malaysia tp best woo dok oversea ni hehe..very nice experience..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...