Sunday, June 7, 2009

Sesat...

Aduhyai..Macam manalah boleh sesat semalam (Sabtu, 6 Jun). Macam ni ceritanya. Semalam kami (saya dan wawa) cadang nak pergi ke Computer City untuk membeli printer. Jadi saya pun tengoklah alamat dia pastu cari dalam rejseplanen (www.rejseplanen.dk). Laman web ni mengandungi maklumat tentang perancangan perjalanan dan juga pengangkutan awam. Saya menaip destinasi yang ingin dikunjungi iaitu Østerbrogade (bila taip Øst je, terus keluar perkataan yang dicari tu iaitu Østerbrogade). Maka seterusnya saya pun catatlah maklumat perjalanan dari segi bas atau keretapi apa yang nak naik dan sebagainya.

Selepas makan tengahari semalam, kami pun teruslah ke destinasi yang ingin dituju tu dan sampailah kami ke Østerbrogade tu. Maka mulalah kami mencari kedai komputer tu yang sepatutnya berada di jalan Østerbrogade tu. Puas kami mencari tapi tak jumpa-jumpa. Bertambah malang lagi jalan Østerbrogade tu panjang giler lebih kurang 2-3 km. Dalam kesesatan tu jumpa pula Joshua dan keluarga sedang berjalan-jalan di sana. Puas kami berjalan daripada stesen keretapi Svanemøllen sampailah ke stesen Østerport. Jadi kami pun berjalan untuk pulang jela. Tapi seronok la juga dapat berjalan-jalan di sekitar bandar Svanemøllen tu dan exercise hehe.

Selepas pulang, apabila saya check balik alamatnya rupa-rupanya Østbanegade laa bukan Østerbrogade. Aduhyai patutla tak jumpa! Østbanegade tu sangatlah dekat iaitu di tepi stesen keretapi di Nordhavn je! Tersilap masa cari maklumat di rejseplanen la ni! Huhu..Lepas ni kena lebih berhati-hatilah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...