Sunday, June 28, 2009

Gunting Rambut

Selepas je kami berkelah kami semua serbu ke rumah penghulu Kamaruddin, untuk gunting rambut. Kira separuh daripada orang lelaki Melayu di Denmark ni pergi gunting rambut di sini, percuma je hehe (macam ramai sangat je orang Melayu di sini). Banyak pahala tu. Kali ni je sekali 4 orang gunting rambut haha. Yela nak gunting rambut di Denmark ni sekali mungkin harganya DKK150 (lebih kurang RM 100 la). Tapi semalam macam pertunjukkan pula hehe, semua pakat duduk di sekeliling tempat gunting rambut tu dan bersembang, yela mungkin sebab semua malas naik rumah kot dan nak terus balik hehe. Dahla tak bawak baju lebih, sebenarnya tak cadang pun nak gunting semalam tapi sebab dah ramai yang nak gunting petang tu jadi alang-alang jela. Bila dah ramai tu segan la pula nak buka baju huhu, aah gunting jela hahaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...