Showing posts with label Mak. Show all posts
Showing posts with label Mak. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Mak Abah @ Copenhagen

Pada 28 Mei hingga 18 Jun 2010 yang lepas, Mak dan Abah saya telah berkunjung ke Denmark untuk bertemu dengan cucu pertama mereka, Eilman :). Eilman begitu seronok dengan kehadiran Mak Tok dan Tok Wannya. Yela, selama 2 minggu tinggal dengan Ibunya saje tiba-tiba Ayahnya datang dengan Mak Tok dan Tok Wan. Mak Toknya pula suka melayan Eilman setiap hari, kelihatannya sentiasa tersenyum dan ketawa. Semasa isteri saya bersalin tempoh hari mereka tak berkesempatan untuk datang. Setelah 4 bulan barulah mereka berkesempatan untuk ke sini.
Selama Mak dan Abah berada di sini, kami membawa mereka melawat bandar Copenhagen, Amalienborg, Frederiksborg Castle, Nyhavn, Stroget dan pelbagai tempat yang lain. Terima kasih diucapkan buat Mak dan Abah yang sudi melawat saya dan keluarga di sini. Minta maaf atas segala kekurangan dan kesalahan kata semasa berada di sini.

Sunday, November 8, 2009

Selamat Hari Lahir: Mak & Abah

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Mak saya, Pn. Rosnani Md. Kassim (6 November) dan Abah saya, En. Mustaffa Hj. Abdullah (8 November) yang sekarang sedang berada di Bangi, Malaysia. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...