Kursus Advanced Process Optimization
Di dalam pengajian PhD saya di DTU ni, sebanyak 4 buah subjek atau kursus perlu diambil dan ini merupakan kursus yang pertama saya ambil. Kursus ini dikendalikan oleh Profesor dan Research Officer yang dijemput khas daripada Imperial College, London yang terdiri daripada 1 minggu kuliah dan 2 minggu take home exam. Kuliah seminggu tersebut telah selesai bermula daripada 29 Jun sehingga 3 Julai 2009 lalu. Jika diikutkan kursus ini sangat sukar bagi saya yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang kukuh berkenaan process optimization ni. Tambahan pula mengikut profesor tersebut bahawa biasanya kursus ini dijalankan selama 1 semester bagi peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Jadi untuk peringkat PhD ni ia dipadatkan untuk 1 minggu sahaja. Semasa kuliah tu selalu la lost hehehe, tapi bila baca balik boleh la catch up balik. Namun melalui take home exam yang diberi banyak juga kefahaman yang diperolehi. Persis kehidupan, kalau tak dilanda masalah, kita tak dapat pengajaran huhu. Jadi sekarang ni tengah struggle la nak siapkan soalan-soalan exam tu. Tapi menarik juga dapat ilmu process optimization ni, berguna juga sebagai pensyarah nanti. Dalam penyelidikan saya ni ada juga saya perlu buat parameter optimization, jadi sedikit sebanyak ada juga aplikasinya.
Jamuan Hari Jadi dan Makan-Makan
Hujung minggu lepas pula kami telah ke rumah Joshua dan Sue untuk menyambut hari kelahiran anak mereka iaitu Rico dan Rica (masing-masing berusia 10 dan 9 tahun) di Gentofte. Ramai juga kawan-kawan yang hadir. Di situ juga kami berkenalan dengan En. Haizan dan isterinya Puan Rohaya yang merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di sini. Cuaca pada hari tu agak panas dengan suhu mencecah 30 darjah celsius. Mengikut mereka, dah lama Denmark ni tak panas sebegini semasa musim panas. Kami pun siap beli kipas lagi.

No comments:
Post a Comment