Sunday, June 28, 2009

Gunting Rambut

Selepas je kami berkelah kami semua serbu ke rumah penghulu Kamaruddin, untuk gunting rambut. Kira separuh daripada orang lelaki Melayu di Denmark ni pergi gunting rambut di sini, percuma je hehe (macam ramai sangat je orang Melayu di sini). Banyak pahala tu. Kali ni je sekali 4 orang gunting rambut haha. Yela nak gunting rambut di Denmark ni sekali mungkin harganya DKK150 (lebih kurang RM 100 la). Tapi semalam macam pertunjukkan pula hehe, semua pakat duduk di sekeliling tempat gunting rambut tu dan bersembang, yela mungkin sebab semua malas naik rumah kot dan nak terus balik hehe. Dahla tak bawak baju lebih, sebenarnya tak cadang pun nak gunting semalam tapi sebab dah ramai yang nak gunting petang tu jadi alang-alang jela. Bila dah ramai tu segan la pula nak buka baju huhu, aah gunting jela hahaha.

It's Summer Time !

Yesterday after coming back from central Copenhagen, we went for a picnic and barbeque at Virum Lake with our Malaysian friends here in Denmark. It is summer time and sure it is the best time in Denmark to go outdoor for a picnic and barbeque by the wonderful lake. Most of the time in Denmark the weather may be cold or not very suitable for this kind of activities and at this time we can see that most of the locals enjoyed themselves outdoor including us. At the lake, the locals and other people usually sunbathing, swimming, picnicking and having a nice time with their families. But the clothings are sure not suitable for our culture if you know what I mean hehe.
As for me I really enjoy this activity because we can hang out together with other fellow Malaysians, share some stories and experience and even plan future activities I guess. We really have a great time yesterday. We barbequed some satay, chicken, corns, sausages, mushrooms and even banana haha. Besides picnic and barbeque the guys and the kids also have fun swimming in the lake. The lake is very nice for swimming as it is not very deep and the water is clear, to make it better it is not salty as the sea water. But I did not bring extra clothes for this, damn hehe maybe next time. We stay there from 4.00 PM until around 8.30 PM and the weather is still clear and this only happens when it is summer. Thanks to all who invited us and preparing the foods, may Allah bless you guys.

Saturday, June 27, 2009

Copenhagen Central Market

For today's post, I would like to share some pictures of the markets where we usually visit to buy halal meats, vegetables, sausages, seafoods and many more once in every fortnight. These markets are located near the Copenhagen central station and all the groceries are from the Asian region especially the Thai Bazaar where most of their groceries are identical as in Malaysia. They even sell rebung, durian, rambutan and nangka. Other markets that we usually visit are the Kabul Market and the Afghan Market.

The availability of these goods make us feel like home. Meaning that there's a lot of things that we can find here which is different from what we thought before coming to Denmark. Here everyday we eat almost the same kind of food or dishes that we ate in Malaysia. You can make Laksa, any kinds of kuih or you name it, we can manage to cook it here.

Thursday, June 25, 2009

Sudah Sampai

Alhamdulillah bungkusan daripada Bangi, Malaysia telah pun tiba hari ini lebih awal daripada yang dijangkakan. Terima kasih kepada Mak dan Abah kerana bersusah payah mengirim barangan tersebut. Barangan tersebut 3 kotak kesemuanya dikirim pada 5 Mei 2009 menggunakan Sea Mail dan tiba pada hari ini 25 Jun 2009. Barangan-barangan tu semua adalah barangan keperluan yang sama ada mahal harganya di sini atau yang sukar didapati disini. Seronok pula rasanya bila barangan tu semua dah sampai dengan selamat. Terlepas sikit rindu pada barangan Malaysia. Sekarang kami sedang menunggu lagi satu bungkusan daripada keluarga Wawa hehe.

Bandar Raya Paling Mahal

Sumber daripada Harian Metro Online (www.hmetro.com.my)

INGIN bercuti pada masa terdekat ini? Anda perlu berfikir sekali lagi jika hendak memilih Jepun.
Bukan kerana Jepun tidak menarik untuk dikunjungi. Memang negara matahari terbit itu destinasi pelancong yang baik. Namun, ketika ini, kekukuhan Yen, mata wang negara itu, mungkin membuat orang seperti Bill Gates turut berfkir dua kali untuk melancong ke sana.

Dalam kajian kos kehidupan di bandar raya termahal di dunia yang dilakukan syarikat sumber manusia global, ECA International, merumuskan empat daripada lima bandar raya termahal di dunia terletak di Jepun dengan Tokyo di tempat teratas di antara empat bandar raya negara berkenaan. Bagaimanapun, Tokyo hanya menduduki tangga kedua dalam senarai keseluruhan. Bandar raya paling mahal mengikut kajian itu ialah Luanda, ibu negara Angola.

Apa yang dilakukan ECA ialah membahagikan 125 barangan pengguna dan perkhidmatan di 370 negara di seluruh dunia, membandingkannya dengan kos yang sama terhadap matawang utama dunia. Mereka melakukan kajian ini untuk menyediakan maklumat kos kehidupan kepada syarikat antarabangsa bagi pekerja mereka yang menetap di seberang laut. Namun, ia juga boleh diguna pakai oleh pelancong yang merancang untuk melakukan lawatan singkat. Sudah tentu ada barang lebih mahal di sesetengah negara dan murah di tempat lain.

Di Luanda, purata harga setin air minuman sejuk ialah kira-kira RM4.60. Di Tokyo, purata harganya ialah RM6.20 tetapi di Copenhagen, kosnya ialah RM7.50. Bagaimanapun, di Luanda, purata kos makan tengah hari ialah hampir RM205. Ia bertentangan dengan di Manhattan, bandar paling mahal di Amerika Syarikat yang kosnya hanya RM66. Mengapa negara itu begitu mahal? Ia ada kaitan dengan kos perkapalan yang tinggi, harga minyak dan kadar tukaran asing yang turun naik.

Walaupun kemelesetan ekonomi menunjukkan tanda-tanda yang meredakan, tetapi di Jepun, contohnya, nilai yen meningkat berbanding dolar dan matawang lain. Keadaan itu menjejaskan keuntungan pengeksport seperti Toyota, Sony dan Panasonic. Ia juga meningkatkan kos kehidupan untuk ekspatriat dan pelancong di Tokyo dan bandar besar Jepun yang lain. Tahun lalu, Tokyo menduduk tangga ke-13 senarai itu dan Kobe yang menduduki tempat kelima tahun ini, berada di tangga ke-29. Sejak 12 bulan lalu, yen meningkat lapan peratus berbanding dolar. Menurut Lee Quane dari ECA, mereka yang pergi ke Jepun akan melihat perbezaan ketara dalam kos perbelanjaan berbanding 12 bulan lalu.

Namun, beberapa bandar lain menyaksikan anjakan yang ketara juga. Pada 2008, Manhattan berada di tangga ke-84 dan tahun ini, ia melompat 67 anak tangga untuk berada di tempat ke-17. Baku, ibu negara Azerbaikan melompat 89 anak tangga daripada 109 ke nombor 20. Shanghai naik daripada tangga 28 daripada 111 sementara Hong Kong daripada 98 kepada 29.

Pada masa sama, beberapa bandar raya menjadi kurang mahal seperti Oslo, ibu negara Norway yang jatuh dari tempat nombor dua tahun lalu kepada nombor yujuh tahun ini, Moscow, daripada tempat kelima kepada 23 dan Rome, daripada 30 kepada 37.

Jepun bukannya satu-satu negara yang menguasai tempat teratas. Switzerland juga mempunyai empat bandar raya dengan Geneva (tangga kelapan), Basel (kesembilan) Zurich (ke-10) dan Bern (ke-11. Bandar raya mana yang di tempat terakhir? Maseru, Lesotho.

Nota: Wah, mahalnya kos hidup di Copenhagen ye..tapi ada juga saya jumpa barang-barang yang berpatutan. Kalau tiada biasiswa dan harapkan gaji je, memang tak mampu la nak merasa hidup di sini huhu..

Tuesday, June 23, 2009

Walk @ Frederiksdal

Hari minggu lepas, kami pergi menghirup udara petang di Frederiksdal. Tempat yang kami pergi ni berdekatan dengan sebuah tasik yang sangat luas. Macam laut pun ada. Di situ ade jeti dan di sekeliling jeti tu airnya cetek dan sangat sesuai untuk berenang. Ada la jumpa satu keluarga orang putih tu berenang di situ. Seperti biasa kami bergambarlah hehe, memang dah itu hobi kami terutamanya bila keluar jalan-jalan. Biasanya kalau hujung minggu dan pada musim panas ni ramaila orang-orang tempatan ni datang berjemur. Tapi masa kami datang tu sikit je orangnya. Tempat ni juga berdekatan dengan sawah rapeseed yang kami pernah pergi dulu (rujuk post lepas), tapi dah takde dah rapeseed tu. Mungkin dah dituai untuk dibuat minyak agaknya.


Thursday, June 18, 2009

Sunset @ Lyngby

Just moments ago we captured these astonishing sunset pictures. The view is truly amazing. Subhanallah. Beautiful. Look at the clouds! These pictures were taken from our apartment at 10.05 PM. Yeah, the sun sets a bit late here during summer. Its weird for us but its a nice experience that cannot be forgotten forever.

Wednesday, June 17, 2009

What To Call Your Supervisor ?

Well, the same thing happens to me here. In Malaysia, we always call our Professors as Prof, or Datuk (if he has one) but here in Denmark everyone are calling them names, their first names! It was a culture shock for me actually and I still can't help myself of calling them Prof or Sir. But for me I just call them 'Sir'. But most of the supervisors tend to be like friends to us. In that case, I have no problem of calling them names. All in all, you need to understand first the culture or environment of the country or institution you are in. But in Malaysia, if you are calling your supervisors just names you can be considered as rude huhu. But here, its not a big deal.

Tuesday, June 16, 2009

Status Report: Slow Progress

Well, I don't know what I've been doing for the past 2 weeks right after the Annual Meeting week. It seems that my progress is very slow. Just like Gary down there, meoww hehe. Maybe because of my laziness ? Maybe. Actually I haven't had any meetings with my main supervisor for this past 2 weeks because there are many conferences this month. And I'm stuck with something regarding my research, still trying to figure out and understand. Luckily I have a co-supervisor which show me a glimpse of light for the progress of my research. Meeting your supervisor every week could be stressful for students like me but indeed it is the right way of supervising because it can keep you on track of your research progress. Eventhough, I'm not meeting them but I still need to send a weekly status report through e-mail. But it's different when you can discuss in front of them (supervisors) personally.

In addition to that, in this 2 weeks period I also have a Teaching Assistant duty to carry (Unit Operation lab) which will definitely take a lot of my precious time. Plus in July I have to take 2 courses for a 3 weeks period. These are compulsory for us (PhD students) here. I really need to have good time management here. I have to triple up my effort and trying to stop wasting any precious time. My family hope is on me, I need to work hard and smart. Wish me luck ok and pray for me. InsyaAllah..

Jalan-Jalan di Sophienholm

Seperti biasa bila tiba je hari minggu, kami mesti keluar rumah. Yela bosan juga duduk di rumah sepanjang hari. Hari Sabtu lepas kami telah ke sebuah pasaraya di Orestad iaitu Field's yang dikatakan pasaraya yang terbesar di Scandinavia. Tapi rasanya Mid Valley di Malaysia lagi besar berbanding Field's ni. Cadangnya kami nak beli kasut, sweater ataupun apa-apa yang menarik dan murah. Yela, kami datang dulu maksimum 40 kg barang je boleh bawa, jadi yang lain-lain kena la beli. Nak beli pula di Denmark kena la tunggu yang murah-murah.

Pada hari Ahad pula pada waktu petang kami pergi la jalan-jalan di Sophienholm. Sebelum ni nampak daripada dalam bas je, nampak macam menarik tempatnya. Jadi kami pun bercadanglah untuk mengisi masa lapang petang tu untuk jalan-jalan ke Sophienholm. Tempat ini terletak berdekatan dengan sebuah tasik dan biasanya pengunjung datang ke sini bersama keluarga untuk berekreasi, berkelah dan juga berjoging.

Thursday, June 11, 2009

Nasi Ayam and Sushi for Dinner

For today's post I would like to share about what we had for dinner yesterday and today. Yesterday we had Nasi Ayam which what we call as Nasi Ayam Percik Danish and today we had Makizushi Danish Sushi. They all have danish in their names because they all are made in Denmark hehe. All those dishes were prepared specially by my beloved wife. This is the first time ever my wife prepared sushi. Before this, we just bought it at Jusco Taman Universiti and waited when the price is half. But now I can eat them as many as I can hehe. You can even try to make it yourself. Please visit this website to see the recipe: www.myresipi.com


Wednesday, June 10, 2009

UTM Lancar Laman Web Baru

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melancarkan laman web baru dan polisi mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membolehkan pengguna internet terutama di universiti berkenaan mendapat maklumat dengan pantas. Naib Canselor UTM, Datuk Prof Ir Dr Zaini Ujang, berkata laman web berkenaan dimuatkan dengan pelbagai kemudahan selepas mengambil kira maklum balas daripada pengguna yang mahukan maklumat yang tepat dan pantas bagi membuat keputusan segera. Beliau berkata, dengan paparan baru serta beberapa tambahan elemen terkini termasuk pautan kepada rangkaian laman web sosial seperti University's Facebook, University's on Youtube dan University's on Twitter bagi mendekati golongan sasaran bagi memperkenalkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan UTM.

"Antara golongan sasaran ialah remaja, pelajar, mahasiswa dan penyelidik yang sedang mencari tempat sesuai untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi," katanya selepas mengadakan perhimpunan bulanan kakitangan UTM di Dewan Sultan Iskandar di sini, kelmarin. Mengenai polisi ICT, Prof Zaini berkata, ia untuk menetapkan peraturan supaya warga kampus dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan teratur dan mengikut peraturan serta mengelak universiti daripada menghadapi sebarang implikasi undang-undang. Beliau berkata, pihaknya sudah menyediakan kemudahan ICT dengan memiliki kelajuan tertinggi iaitu 135 Megabit persaat serta diiktiraf sebagai universiti mempunyai kemudahan WiFi terbesar dengan mempunyai 700 titik akses di seluruh kampus.

"Pelajar selalu mengadu internet yang digunakan perlahan... walhal kemudahan itu tidak digunakan untuk pembelajaran tetapi untuk memuat turun fail lagu dan filem hingga menyusahkan pengguna lain yang ingin mendapatkan maklumat dan ilmu. "Oleh itu, setiap pelajar akan dihadkan untuk mengakses video kepada hanya kira-kira 20 jam sebulan. Polisi ini diharap dapat meningkatkan kesedaran sosial dan tanggungjawab intelektual di kalangan warga kampus ke atas penggunaan ICT," katanya.

Selain itu, Prof Zaini berkata, pihaknya juga melancarkan Pelan Pembangunan Pelajar untuk membolehkan pelajar UTM memiliki kemahiran insaniah dengan menjalankan aktiviti secara bersepadu Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Akademik. Beliau berkata, dengan pelan yang akan dimulakan bulan depan itu, pelajar dan Alumni akan bekerjasama membentuk kemahiran insaniah di kolej seperti kemahiran berucap, berorganisasi dan etika kepimpinan untuk mengelak kerugian sumber dan masa. "Kita tidak mampu untuk mengajar mereka memiliki kemahiran berkenaan hanya di bilik kuliah. Oleh itu, UTM melantik profesor dan pensyarah menjadi felo akademik untuk membolehkan kolej menjadi pusat pembelajaran seperti di Universiti Oxford dan Cambridge. "Ia menjadikan UTM satu-satunya universiti tempatan yang memberikan kemudahan kewangan kepada felo akademik terbabit untuk membimbing pelajar di kolej," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Sunday, June 7, 2009

Aktiviti Hari Minggu...

Hari ini Ahad 7 Jun, aktiviti pertama kami ialah memborong barang-barang dapur dengan banyaknya di Fakta, Netto, Superbest dan juga Fotex, hahaha 4 kedai sekaligus tu. Biasanya kedai pada hari Ahad memang tutup tapi disebabkan hari ni hari Ahad pertama dalam bulan Jun ni maka bukalah ia. Tambahan pula semua kedai-kedai ni sedang mengadakan jualan murah untuk produk-produk tertentu yang berbeza antara satu kedai yang lain. Untuk memastikan perbelanjaan dapat dilakukan dapat keadaan yang optimum, maka kenalah cari barang-barang yang murah. Tambahan pula apartment kami ni sangatlah dekat dengan kedai-kedai yang telah disebutkan di atas.

Setelah membeli belah dan makan tengahari, kami pergi semula mencari kedai Computer City (yang semalam sampai sesat tu hehe) untuk mencari printer yang kononnya diidam-idamkan tu. Memang sekarang tengah ada summer sale di kedai tu, jadi ada barang-barangnya yang dijual dengan murah dan berpatutan. Di samping tu kami jalan-jalanlah di sekitar Nordhavn dan juga merakamkan kenangan di sana. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai Nordhavn.


"Nordhavn is the northernmost part of the Copenhagen docks and today it houses various dock activities such as a container terminal and a passenger terminal. Nordhavn has an amazing location close to the central areas of Copenhagen and to the trains and the regional roads of the city. At the same time, Nordhavn has unique landscape qualities and beautiful views of the open Øresund and piers, docks and channels"

Setelah itu, kami terus menuju ke Hellerup di mana kami mendapat jemputan daripada Pn. Suejoshua dan keluarga untuk menyertai BBQ di rumah mereka. Sebelum tu kami singgah di rumah Poji terlebih dahulu. Ini kali pertama kami ke sana. Memang seronok dapat berkumpul dengan rakan-rakan yang lain di sini di samping dapat makan makanan-makanan yang sedap :).

Sesat...

Aduhyai..Macam manalah boleh sesat semalam (Sabtu, 6 Jun). Macam ni ceritanya. Semalam kami (saya dan wawa) cadang nak pergi ke Computer City untuk membeli printer. Jadi saya pun tengoklah alamat dia pastu cari dalam rejseplanen (www.rejseplanen.dk). Laman web ni mengandungi maklumat tentang perancangan perjalanan dan juga pengangkutan awam. Saya menaip destinasi yang ingin dikunjungi iaitu Østerbrogade (bila taip Øst je, terus keluar perkataan yang dicari tu iaitu Østerbrogade). Maka seterusnya saya pun catatlah maklumat perjalanan dari segi bas atau keretapi apa yang nak naik dan sebagainya.

Selepas makan tengahari semalam, kami pun teruslah ke destinasi yang ingin dituju tu dan sampailah kami ke Østerbrogade tu. Maka mulalah kami mencari kedai komputer tu yang sepatutnya berada di jalan Østerbrogade tu. Puas kami mencari tapi tak jumpa-jumpa. Bertambah malang lagi jalan Østerbrogade tu panjang giler lebih kurang 2-3 km. Dalam kesesatan tu jumpa pula Joshua dan keluarga sedang berjalan-jalan di sana. Puas kami berjalan daripada stesen keretapi Svanemøllen sampailah ke stesen Østerport. Jadi kami pun berjalan untuk pulang jela. Tapi seronok la juga dapat berjalan-jalan di sekitar bandar Svanemøllen tu dan exercise hehe.

Selepas pulang, apabila saya check balik alamatnya rupa-rupanya Østbanegade laa bukan Østerbrogade. Aduhyai patutla tak jumpa! Østbanegade tu sangatlah dekat iaitu di tepi stesen keretapi di Nordhavn je! Tersilap masa cari maklumat di rejseplanen la ni! Huhu..Lepas ni kena lebih berhati-hatilah..

Thursday, June 4, 2009

Annual Meeting..

I have just came back home from attending the Annual Meeting for CAPEC at Helsingor yesterday and it was a nice experience for me. As a summary this meeting can be considered as a platform for this centre to communicate with the consortium company members of what are the current research projects undergoing right now in CAPEC. During this meeting, all the PhD students in CAPEC have presented their projects and the current results that they obtained from the project. Other than that, there are presentation from the faculty members and invited speakers from other centres and company.


It is good for such event in order to bring the research community close to the industrial community and applying the research directly to the industry. I had met with some of the company members and it is good to hear their experiences in the industry and how the researches in CAPEC have benefited their work. One way or another it is an important event especially that you can broaden your network with people that are related to your field of research.


For this annual meeting, I was given a 5 minutes presentation for the introduction of my PhD project for new projects in CAPEC and I'm looking forward to present on next year's annual meeting. Finally I would like congratulate all the organizers and all the researchers for a job well done.

Tuesday, June 2, 2009

Trip to Kronborg Castle, Helsingor


On 2-4 June 2009, I'm attending CAPEC Annual Meeting in Comwell Borupgaard Hotel, Helsingor Denmark. At first, I thought that I would be celebrating my wedding anniversary with both my wife and I being in separate places but I was lucky to be able to bring my wife here with me to Helsingor. At first my roomate in the hotel here should be Jamal. But at the last minute he decided not to stay at the hotel leaving me with no roomate. Suprisingly my supervisor offered me to bring my wife along and to join the annual meeting as well with everything taken care by CAPEC (the food and the stay). This is our first time in Helsingor and this would be our some sort of a honeymoon for our anniversary hehe. In addition to that, it is good as my wife can also be able to meet and get to know some of my colleagues here in CAPEC.

As part of our activity here for the annual meeting, we have been taken for a trip to Kronborg Castle situated here in Helsingor. Kronborg Castle comprise both an elegant royal castle and a striking military fortress with an interesting and dramatic history. It also the most renowned castle in Denmark, made famous round the world by Shakespeare's "Hamlet", and the venue is included on UNESCO's list of World Heritage Sites.

The first day of the annual meeting was just to get together with the participants with this trip and discussion during dinner. I will update further of what we are doing for this annual meeting for the 2nd and the last day being here. Stay tuned.

Monday, June 1, 2009

Selamat Ulangtahun ke 3..


Alhamdulillah, pada hari ini (waktu Malaysia) 2 Jun 2009, genaplah 3 tahun usia perkahwinan saya dan isteri Siti Salwa binti Ramli. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun yang ke-3 kepada isteri saya. Maafkan jika ada salah dan silap semasa kita bersama melayari bahtera perkahwinan ini (cheewah..). Terima kasih atas kebahagiaan yang diberikan selama ini dan selama-lamanya hehehe (ni ayat-ayat yang digunakan untuk blog sahaja :p).

Rasanya ramai juga kawan-kawan yang anniversary nya jatuh pada tarikh ni. Selamat ulangtahun juga buat kawan-kawan yang berkenaan. Semoga rumahtangga anda bahagia sentiasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...