Tuesday, September 22, 2009

Biskut Almond Lyngby

Hari raya kedua semalam kami tidak ke mana-mana kerana tiada lagi jemputan (raya pertama dah pergi 4 rumah !) dan tiada pula rakan-rakan yang nak datang beraya ke rumah kami. Nak buat rumah terbuka panggil semua tak mampu pula buat masa ni. Apapun jemputlah datang beraya ke rumah kami ye, sekadar ziarah-menziarahi dan makan kuih-muih hehe. Dah lama tiada orang datang melawat teratak kami semenjak housewarming bulan April lepas. Macam sedih pula bunyinya haha. Hari ini saya masih bercuti walaupun tidak ke mana-mana tapi esok dah kena mula bekerjalah. Kalau di kampung di Malaysia tu ada juga aktiviti sampai ke hari 4 dan 5.
Sebenarnya untuk paparan kali ini, saya nak tunjuk satu-satunya kuih raya yang kami buat pada tahun ini. Ia diberi nama Almond Lyngby, sempena tempat ia dibuat bukan di London ye. Tahun ni kena belajarlah nak buat ini semua, kalau di Malaysia memang beli yang siap je. Bulan puasa lepas pun pelbagai jenis kuih-kuih yang Wawa dah buat. Kebanyakannya memang jadi la. Lagi sedap rasanya daripada di pasar Ramadhan. Yela sebab ia dibuat dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih sayang. Nak rasa kuih Almond Lyngby ni jemputlah mai raya rumah kami hehe.

4 comments:

  1. Selamat hari raya azizul dan wawa, semoga tabah di perantauan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..Selamat Hari Raya buat Noorul sekeluarga juga..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya dr kami sekeluarga.....
    Nak duit raye.....

    ehh.... ko blh tukar tak warna font comment kpd warna yg blh nampak....
    ke mmg ko buat warna font comment sama dgn background...

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aseng..Nak duit raya kenala dtg beraya sini..

    tu la psl font die ade masalah la kalau view guna firefox..tapi kalau ko view guna internet explorer rasanya baru ok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...