Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamu'alaikum kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang sudi mengunjungi blog saya . Di kesempatan ini saya, Azizul Azri Mustaffa dan isteri, Siti Salwa Ramli ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin di atas segala kesalahan dan kesilapan yang mungkin telah kami lakukan terutamanya melalui blog ini. Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh semangat dengan kemenangan yang anda semua telah perolehi insyaAllah. Berhati-hatilah semasa pulang ke kampung dan juga apabila kembali nanti dan jagalah diri dengan sebaik-baiknya. Ikhlas daripada kami di Copenhagen, Denmark.


Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan Salam Aidilfitri kepada kami dan juga telah memberikan kad raya elektronik kepada kami sama ada melalui friendster, facebook mahupun melalui blog ini. Ini pula merupakan satu-satunya kad raya yang perolehi melalui blog ini iaitu daripada mamasyipah. Terima kasih.

Tahun ni merupakan kali pertama kami tak beraya di Malaysia. Perasaan tu agak sedih juga kerana tidak dapat bersama keluarga namun disebabkan keadaan di sini yang seperti tiada apa-apa jadi tidaklah terasa sangat. Tiada yang sibuk nak pulang ke kampung, di universiti pula tidaklah lengang, tiada Pasar Ramadhan. Pendek kata takde sangat suasana Hari Raya seperti di Malaysia, sebab tu tak terasa sangat. Lagipun ramai juga rakan-rakan di sini. Raya pertama di Denmark jatuh pada hari Ahad seperti yang dimaklumkan pihak kedutaan. Esok pagi kami akan bersolat Hari Raya di Kedutaan Indonesia, nak ke Kedutaan Malaysia jauh sangat nun di Stockholm Sweden. Jemputan rumah terbuka pun ade 2 esok ni. Rumah terbuka ni dianjurkan oleh Pn. Adila dan En. Nazri serta En. Abdillah dan Pn. Azlin. Jadi paling tidak suasana Hari Raya seperti di Malaysia dapatlah juga dihidupkan di sini dengan alunan Lagu Raya, hidangan juadah seperti yang ada di Malaysia dan juga rakan-rakan yang berpakaian raya. Apapun nanti saya akan cerita lagi keadaan sambutan Hari Raya yang akan kami lalui di Denmark ni. Tungguuuu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...