Thursday, August 13, 2009

Selamat Pulang..

Pada 1 Ogos 2009 yang lepas satu majlis perpisahan telah diadakan di Virumvej 86 bagi meraikan kepulangan seorang rakan kami di Denmark iaitu Alafiza atau Ala yang juga merupakan rakan sekerja saya di PROSPECT dan FKKKSA UTM. Sedar tak sedar dah 3 bulan beliau berada di sini menjalankan projek Sarjananya di DTU. Beliau telah pulang ke Malaysia pada 5 Ogos 2009 yang lepas. Mengikut perancangan, beliau akan kembali pada tahun berikutnya untuk pengajian PhD pula. Sekiranya rezekinya masih di sini, insyaAllah beliau akan kembali ke bumi Denmark semula. Semoga berjaya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...