Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan..

Bulan Ramadhan telah tiba sekali lagi. Alhamdulillah kerana telah dikurniakan peluang dan kesihatan oleh Allah S.W.T kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua insan yang beragama Islam dan semoga kita sama-sama menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ini mengisinya dengan pelbagai amalan-amalan yang baik untuk memperoleh keredhaan, kerahmatan dan pengampunan daripada-Nya daripada segala dosa yang kita lakukan serta mudah-mudahan dihindarkan daripada api neraka. Diharapkan juga semoga semua amalan tersebut akan diteruskan walaupun Ramadhan berakhir. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak.

Di sini kebanyakan rakyat Malaysia (macam banyak je hehe) akan mula berpuasa pada hari Sabtu sama seperti di Malaysia. Ini berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh pihak Kedutaan kepada kami semalam. Maka esok akan bermulalah pengalaman pertama kami berpuasa di perantauan. Memandangkan di sini masih di dalam musim panas maka tempoh untuk kami berpuasa agak panjang berbanding di Malaysia. Jika mengikut masa sekarang, waktu Subuh adalah pada jam 3.12 pagi dan waktu Maghrib atau berbuka adalah pada jam 8.32 malam. Lebih kurang 17 jam lebih waktu berpuasa berbanding 13 jam di Malaysia. Isyak pula jam 11.02 malam. Cuma kelebihannya di sini mungkin cuacanya tidaklah sepanas di Malaysia. Apapun inilah cabaran yang perlu dilalui di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...