
Walaupun cuaca hujan di luar, kepada yang telah sudi datang iaitu kepada Nizam sekeluarga, Kamaruddin sekeluarga, Fauzi sekeluarga, Abdillah sekeluarga, Ciput, Isrin, Dayang, Alafiza, Pak Herman dan Kak Siti, jutaan terima kasih diucapkan. Terima kasih juga kepada semua yang telah memberi hadiah (dulang kristal dan bunga orkid) dan juga yang telah membawa hidangan-hidangan tambahan (kek, ayam goreng, kek pisang, kari masak hati dan petai, agar-agar, kuih seri muka dll.) semasa housewarming tersebut. Segala kekurangan harap dimaafkan ye.

Antara hidangan yang disediakan oleh tuan rumah adalah nasi, sambal tumis udang masak petai, dalca daging, spagetti, ikan bakar, bergedil, strawberi bersalut coklat, buah anggur, goreng pisang dan lain-lain. Semua tetamu telah berangkat pulang pada lebih kurang jam 6.45 petang. Nanti bila-bila lalu sini singgahlah ye, jangan malu-malu pulak..
No comments:
Post a Comment