Wednesday, May 13, 2009

Apartment kami

Seperti yang telah saya catatkan sebelum ini, kami telah berpindah ke apartment sewa kami selepas seminggu sampai di bumi Denmark. Dengan bayaran sewa sebanyak DKK7500 sebulan (kadar biasa di sini) dan melihatkan keadaan apartment kami ni boleh dikatakan berbaloi jugalah sebab tuan rumah ni baru sahaja ubahsuai apartment ni. Jadi setiap ruangan tu nampak menarik dan eksklusif (boleh tengok gambar). Tambahan pula banyak kemudahan yang ada seperti katil, peti ais, microwave, penyedut hampagas, dapur elektrik, televisyen, pemain DVD dan lain-lain.

Ruang tamu

Ruang makan

Apartment kami terletak di tingkat 4 (atas sekali, di bumbung) di sebuah bangunan yang boleh dikatakan seperti rumah kedai la di Malaysia. Tingkap bawah sekali ialah Nordea Bank (salah satu bank di sini). Yang seronok tinggal di kawasan ni ialah semua tempat seperti bank, pusat membeli belah, pejabat pos, kedai hardware, stesen bas, kedai kebab sangatlah dekat. Jadi jika ada apa-apa urusan atau nak beli apa-apa barang tu memang mudah.

Dapur

Tapi yang sedihnya kontrak untuk tinggal di apartment ni hanya sehingga bulan 12 ni sahaja. Tuan rumah ni buat masa ni sedang berkerja di Greenland dan katanya kalau dia selesa dan seronok duduk di sana dia akan lanjutkan lagi kontrak tu. Harapnya begitulah, kalau tidak kena cari apartment lain la.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...