Saturday, November 27, 2010

Eilman @ 9 Bulan..

Jumaat minggu lepas, 19 November 2010 genaplah usia Eilman 9 bulan. Alhamdulillah. Jika sebulan yang lepas dia tidak berapa pandai merangkak, tapi sekarang sudah pandai. Dari ruang tamu sehingga ke belakang kadang-kadang dia merangkak. Sejak pandai merangkak ni Eilman dah mula memanjat pula. Boleh katakan semua benda yang boleh dia berpaut dia akan panjat seperti meja dan kerusi. Panjat dalam erti kata nak berdiri, bukan memanjat naik ke atas kerusi atau meja tu. Kadang-kadang siap berjoget-joget lagi masa berdiri dan berpaut di meja yang diletakkan berdekatan dengan TV. Melihatkan Eilman sudah mula nak berdiri maka kami pun pinjamlah walker Hulaif (anak rakan kami di sini yang sudah berumur setahun lebih). Bila dapat walker tu makin ligatlah Eilman bergerak ke sana ke mari. Bila agaknya Eilman boleh berdiri dengan sendirinya dan berjalan ni ?. Kita tengok bulan depan.

Dari segi pemakanan, sejak sebulan ni rasanya dah macam-macam makanan baru yang Eilman makan. Antaranya adalah seperti nasi, ikan tenggiri/salmon, sayur bayam, keropok beras, keropok udang, air teh dan lain-lain. Tapi giginya masih belum tumbuh lagi hehe. Nanti apabila dah tumbuh mungkin boleh makan makanan-makanan yang lain pula. Seronok bila tengok Eilman makan makanan yang baru, sebab selalu dia akan buat muka pelik bila rasa sesuatu yang pertama kali hehe.

Walaupun, dari segi pemakanan tiada masalah, namun nampak seperti badan Eilman semakin menyusut. Ada yang mengatakan sebab dia dah semakin aktif. Sebelum ni badan naik kerana dia tak berapa aktif. Mungkin jugalah. Tapi tinggi semakin meningkat kepada 74-76 cm. Lagi satu air liurnya juga kerap kali meleleh sekarang ni, jenuh nak kena selalu lap, jika tidak bajunya akan dibasahi air liur. Kadang-kadang kami pakaikan bip untuk mengelakkan baju basah. Ada juga rakan yang mengatakan mungkin nak tumbuh gigi yang sampai sekarang ni masih tak nampak lagi hehe. Selain itu, Eilman ni seorang bayi yang suka bercakap/banyak buat bunyi, suka ketawa dan juga suka senyum sehinggakan nurse yang berkunjung ke rumah kami pun memberi komen dalam laporannya bahawa Eilman is a happy smiling baby.

Apapun yang penting, Eilman dapat membesar dengan baik dan sihat. Ini pengalaman pertama saya melihat perkembangan anak kecil jadi banyak perkara yang saya tidak tahu atau tidak biasa. Yela, anak pertama dan saya pula tiada adik. Kadang-kadang selalu juga tanya rakan-rakan seperti biasanya bila bayi pandai berjalan, tumbuh gigi, boleh makan makanan itu dan ini dan macam-macam lagi. Kadang-kadang yang ada lebih daripada seorang anak tu, masing-masing lain pula perkembangannya serta ragamnya. Macam Eilman ni suka masukkan benda dalam mulut, tapi menurut Mak saya, dulu saya tidak pula pernah buat begitu. Lain pula perangai anak dengan Ayahnya walaupun muka sama comel hehe. BTW, saya ada sertakan 3 video Eilman memanjat, makan keropok dan ketawa.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...