Sunday, November 21, 2010

Eid-ul Adha @ Virumvej 86

Hari Raya Qurban tahun ini disambut pada hari Selasa lepas di sini, satu hari lebih awal daripada di Malaysia. Sudah pasti sambutannya berbeza dengan di tanahair memandangkan tiada cuti khas diberikan sempena perayaan ini di sini. Jika di Malaysia, pastinya di waktu pagi, perkara pertama yang akan dilakukan adalah solat sunat Aidil Adha di masjid dan seterusnya akan bergotong-royong menjalani ibadah Qurban serta lain-lain aktiviti yang berkaitan dengannya. Bagi yang lain pula, mungkin selepas solat sunat, mereka akan meluangkan masa bersama keluarga atau ziarah-menziarahi rakan-rakan serta saudara mara.
Bagi saya di sini, tahun ini saya sempat untuk menyertai jemaah menjalani solat sunat Aidil Adha di masjid berdekatan dengan universiti. Ia hanya mengambil masa yang agak singkat dengan solat yang bermula pada jam 9 pagi beserta khutbah dan selesai pada jam 9.20 pg. Setelah itu, saya terus ke universiti untuk bekerja. Semua rakan-rakan yang lain juga bekerja pada hari tersebut. Biasanya kesempatan yang ada hanyalah pada hari minggu yang terdekat untuk menyambut Hari Raya Qurban ini dengan jamuan makan serta berkumpul ramai-ramai.
Maka, semalam bertempat di Virumvej 86 kami bersama rakan-rakan yang lain telah dijemput oleh Saudara Kamaruddin & keluarga untuk bersama-sama berkumpul dan menyambut Hari Raya Qurban di rumah mereka. Makanan yang dihidangkan adalah bertemakan "Makanan Kelate" seperti Nasi Dagang (makanan Terengganu kot ni), Nasi Kerabu, Akok dan lain-lain hidangan. Terima kasih kepada tuan rumah di atas jemputan. Makanan semua memang sedap-sedap belaka. Disertakan beberapa gambar semasa jamuan tersebut.

2 comments:

  1. lama x menjengok. slmt hari raya aidil adha buat azizul sekeluarga. lebih sejuk denmark drpd plymouth nmpknya. kami expecting snow this week, tp x tau la ye ke x ramalan cuaca tu.

    ReplyDelete
  2. slmt hari raya aidil adha juga buat Oyis sekeluarga..nampaknya dah start dah winter di europe ni..hari ni pun dah tebal snow di sini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...