Saturday, April 3, 2010

UCI Track Cycling World Cup 2010

Last Thursday (25 March 2010) we went to Ballerup Super Arena to support our Malaysian cyclists Azizulhasni Awang and Josiah Ng who were competing in the UCI Track Cycling World Cup 2010 held here in Copenhagen from 24 to 28 March 2010. There were many events that day but the event that caught our most attention was the Keirin Event, the event where our Malaysian cyclists were competing and being that Azizulhasni Awang was the defending champion due to his victory in Beijing in February 2010.
It was our 'school day' so I came a bit late arriving at 6 pm at the venue. Missing the first round I was a bit dissapointed to found out that Josiah Ng was disqualified for causing an accident with the former world champion Chris Hoy from Britain. However, as expected Azizulhasni managed to get through to the 2nd round winning 1st in his group. There are many other Malaysian supporters came to give support and together with us were the TV3 sports reporter, Fadzil Mohd Rais and his cameraman. They took some shots and also interviewed some of us which was aired during the sports' segment in Buletin Utama 27 March 2010 (see video - You can see me in the backgound hehe).

As expected Azizulhasni got through to the 2nd round and into the final competing with the former world champion, Chris Hoy who was injured last year. At the final round it was a close race between Azizulhasni and Chris Hoy where he was beaten by just half tire making the Scottish again the world champion. Although I am a bit dissapointed, however we felt very proud that Azizulhasni managed to get the silver medal. By looking at his physical appearence compared to the other competitors, winning second place was tremendous.


After the event, we waited for a while to meet with Josiah Ng and Azizulhasni to congratulate and give them moral support. Azizulhasni was very excited to see many Malaysians came to support him and he said that definitely that gave him a boost. Actually I never interested in track cycling before, but this experience changes that especially when a Malaysian managed to get to this level. Keep it up!

Friday, April 2, 2010

Setahun Di Denmark

Sedar tak sedar dah setahun kami berada di Denmark. Kami tiba di sini pada 21 Mac 2009 yang lepas dan kini dah lebih setahun kami menjalani kehidupan di bumi yang asing ini. Banyak kenangan manis yang kami lalui di sini namun terdapat juga sedikit pengalaman yang kurang manis. Memang adatlah dalam kehidupan kita, yang penting kita ambil yang jernih buang yang keruh. Yang keruh tu kita jadikanlah sebagai contoh untuk kita perbaiki diri yang lemah ini. Sudah semestinya tujuan utama saya ke sini adalah untuk menuntut ilmu dan berusaha untuk membawa pulang ijazah PhD namun entri kali ini adalah lebih kepada kehidupan dan pengalaman kami di sini.

Bagi saya, pengalaman yang sangat menarik yang berlaku sepanjang setahun kami saya berada di sini adalah pertama saya mendapat tahu bahawa isteri saya mengandung Mei lepas dan seterusnya melahirkan anak kami yang pertama Februari lepas setelah 3 tahun lebih mendirikan rumahtangga. Ramai rakan/keluarga yang bergurau mengatakan mungkin sebab di sini sejuk kot sebab tu la senang mengandung hehe. Alhamdulillah rezeki kami di sini.
Selain itu, pengalaman yang menarik bagi saya adalah berpeluang untuk tinggal di sebuah negara yang sudah semestinya berbeza dengan Malaysia dari segi cuaca, bahasa, rupa fizikal orangnya, budaya dan macam-macam lagi. Mungkin berbeza daripada orang yang datang melancong ke luar negara kerana kami dapat merasa pengalaman di sini sepanjang tahun. Dari segi cuaca kami dah dapat merasa 4 musim iaitu musim-musim panas, luruh, sejuk dan bunga. Pelbagai pengalaman seperti sejuknya, siang atau malam yang panjang melebihi biasa, salji dan lain-lain. Berbeza dengan cuaca di Malaysia yang mungkin tidak jauh bezanya sepanjang tahun. Dari segi bahasa juga mungkin ada sedikit kesukaran kerana kebanyakan papan tanda, pengumuman dan surat menyurat adalah dalam bahasa Danish walaupun sebenarnya mereka sangat fasih berbahasa Inggeris. Dari segi budaya pula saya tidak berapa rasa pengalamannnya sebab kami lebih banyak bergaul dengan masyarakat Malaysia di sini berbanding dengan rakyat tempatan. Di samping itu juga kami berpeluang untuk melawat negara Eropah lain seperti Sweden, Belanda, Jerman dan juga England.

Selain itu, kami juga rasa bersyukur kerana sebenarnya boleh tahan jugalah bilangan rakyat Malaysia dan Melayu di sini. Yelah kita akan berasa lebih selesa untuk bergaul dengan masyarakat Malaysia dan Melayu di sini kerana agama dan budaya yang sama. Dengan mereka, kami dapat merasa bagaimana kehidupan komuniti Malaysia di luar negara. Sebelum ini selalu nampak dalam gambar dan laman web sahaja. Tahun pertama kami di sini juga buat pertama kalinya kami menyambut Ramadhan dan Syawal di luar Malaysia. Jika diikutkan memang sedih kerana tak dapat beraya bersama keluarga namun kehadiran masyarakat Melayu yang kami anggap seperti keluarga di sini sekurang-kurangnya mengubatkan kesedihan dan kerinduan itu.
Apapun kami sebenarnya sangat rindukan tanahair di sana. Rindu untuk pulang untuk melihat bumi Malaysia dan juga untuk berjumpa keluarga. Namun apakan daya inilah pengorbanan yang kami lakukan dan harapnya ia memberikan pulangan yang baik.

I Was Tagged..

Saya telah di 'tag' oleh rakan sekursus saya di UTM dulu iaitu Noorul
Layankan jela huhu..

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH ?
Setiap hari : Bos besar, Suami, Ayah
Setiap minggu : Sama seperti di atas, Tukang kemas rumah, Tukang masak (pembantu chef je), Tukang makan, Tukang jaga anak (ni pun pembantu je) dan lain-lain

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN ?
Kurang peramah, kurang bercakap/bersembang, muka selalu serius,
tapi suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan..

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI ?
1) Dapatkan PhD
2) Anak kedua (haha..)
3) Menguruskan masa dengan baik
4) Menjelajah ke seluruh dunia ?
5) Mampu membeli kereta BMW

SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Schewa Ramli (nama penuh dirahsiakan..hehe)

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA ?
1) Penyabar
2) Ceria & Peramah
3) Pandai memasak (Sejak kahwin saya naik 20 kg oh bahagianya huhu)
4) Tulisan cantik, seorang yang kreatif
5) Pandai menguruskan banyak perkara

BILA TARIKH COUPLE
Saya tak menggalakkan anda couple ya kerana sesungguhnya bercinta/couple selepas berkahwin itulah yang sebaiknya dan yang dituntut.
Sekitar April 2004 (tarikh perasaan dinyatakan huhu..)

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Usah dikenang kenangan pahit..Saya maafkan segalanya haha..

LAGU TEMA CINTA ANDA
Ada ke ?..hehe..Lagu Kasih Kekasih INTEAM boleh ke ?

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
ku terima seadanya..

Eilman & Azzim

Beberapa minggu yang lalu (nampak sangat dah lama tak kemaskini blog hehe) Eilman buat pertama kalinya bertemu dengan kawannya Azzim Zufri, anak kepada rakan kami di Denmark Fauzi dan Kak Sue serta adik kepada Ninie. Mereka beza 5 hari, Eilman dilahirkan pada 19 Februari manakala Azzim pada 24 Februari 2010. Lepas ni bolehlah jadi kawan rapat dan sambut harijadi sama-sama hehe. Tengok gambar mereka diatas, 'sombong' je masing-masing, yela baru bayi mana pandai lagi nak berkawan hehe. Nanti bila dah pandai berkawan, tak duduk diam la bermain-main.

Wednesday, March 10, 2010

Cahayamata..

Sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit mengenai kehidupan baru saya bersama isteri dengan kehadiran cahayamata kami yang pertama. Sudah hampir 3 minggu Eilman Zulqarnain dilahirkan dan jadual kehidupan kami agak berubah sedikit sejak itu. Nama anak kami dipilih sendiri oleh isteri saya. Eilman bermaksud 'ilmu' manakala Zulqarnain merupakan nama seorang raja yang dikisahkan di dalam Al-Qur'an (Surah Al-Kahfi). Jika dahulu waktu tidur yang berterusan dalam 7-8 jam tanpa gangguan tapi kini kami sering terjaga malam terutamanya isteri saya kerana anak saya 100 % breastfeeding setakat ini. Tambahan pula, anak saya agak sukar untuk tidur dengan lena pada waktu malam. Kata orang mungkin sebab dia lahir tengah malam kot sebab tu malam susah nak tidur. Waktu siang senang pula Eilman tidur tapi ibu dia tak biasa pula tidur siang hehe.

Dalam tempoh 3 minggu ni sahaja saya dah dapat rasa betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa dalam membesarkan anak. Ini baru bab berjaga malam, belum bab lain lagi. Memang ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Maka hormatilah ibu bapa anda dengan sebaiknya. Namun tiada masalah bagi saya setakat ini kerana kami telah bersedia dan kami faham bahawa ini adalah amanah yang perlu kami jaga dengan sebaik-baiknya.
Sejak isteri saya bersalin, saya dapat cuti seminggu lebih dan ini memberi peluang untuk saya menyesuaikan diri dengan kehadiran Eilman, selain membantu isteri memasak dan membuat kerja lain. Bagi yang bekerja di Denmark kalau tak silap si suami boleh dapat cuti sehingga 4 bulan ! Tapi kalau di Malaysia kerja kerajaan seminggu jela hehe.

Perasaan sebagai seorang Ayah, setiap kali memandang wajah Eilman hati terasa begitu tenang. Seronok tengok gelagat Eilman, geram pun ada, tak tahu berapa kali sehari saya cium dia hehe. Bila saya tengok Eilman, saya rasa bagaikan ingin memberikan segala yang terbaik buatnya. Semoga Eilman akan membesar menjadi anak yang baik & soleh. Sayang, sayang juga tapi demi untuk mendidiknya kena tegas juga kan. Apa yang penting saya akan cuba didiknya agar tahu menghormati orang lain.
Setakat ini, Alhamdulillah keadaan kesihatan ibu dan anak adalah dalam keadaan yang sangat baik. Dah 2 kali jururawat datang melawat kami di rumah bagi melihat keadaan Eilman dan Ibu dan semuanya dalam keadaan yang baik. Cuma sebelum ini badan Eilman agak kemerahan namun sekarang dah ok. Tadi pula kami bawa Eilman untuk ujian pendengaran dan Alhamdulillah pendengarannya baik.

Sekali lagi kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang datang melawat serta yang memberikan lauk-pauk. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baiknya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Fauzi & Kak Sue atas kelahiran cahayamata mereka 5 hari selepas Eilman dilahirkan. Ada geng sebaya la nanti Eilman ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...