Monday, March 5, 2012

Musim Sejuk Sudah Berakhir..

Bulan Februari telah melabuhkan tirainya menandakan berakhirnya musim sejuk di benua Eropah. Begitu juga di Denmark (di Copenhagen secara spesifiknya) di mana hari-hari kini sering disinari oleh sang mentari dengan suhu sekitaran antara 5-10 darjah Celsius dan putik-putik bunga juga sudah mula berkembang. Walaupun bagi individu yang tidak menetap di negara yang mempunyai 4 musim, suhu tersebut boleh dikatakan masih sejuk, bagi saya suhu seperti 8 darjah Celsius cukup panas dan selesa. Mungkin kerana setiap hari semasa musim sejuk, suhu yang di kerap dirasa di persekitaran adalah sekitar -2 hingga 2 darjah Celsius.


Apapun boleh dikatakan cuaca di Copenhagen ini unpredictable dan boleh jadi berlainan dengan apa yang diramalkan. Bila-bila masa sahaja suhu boleh berubah secara drastik. Mungkin minggu ini cuaca cerah dengan cahaya matahari terang benderang dengan suhu 8-10 darjah Celsius, namun minggu berikutnya boleh jadi suhu turun kepada 2-4 darjah Celsius dengan cuaca mendung dan angin sejuk bertiup sehingga boleh dirasa sehingga ke tulang. Namun inilah kuasa Allah Yang Maha Besar yang menciptakan langit dan bumi dan segala seisinya.


Bagi kami sekeluarga yang merantau di sini, pengalaman melalui musim sejuk pada tahun ini adalah yang terakhir kerana pada musim sejuk yang berikutnya insyaAllah kami akan kembali ke tanahair yang dicintai. Sudah tentu kami akan merindui pengalaman merasai sendiri musim sejuk di bumi Copenhagen ini. Alhamdulillah impian saya masa kecil untuk bermain dengan salji telah tercapai malah lebih baik lagi, pengalaman tersebut dapat saya kongsi bersama isteri dan anak. Pada 2 tahun pertama kami menghadapi musim sejuk di sini, sajli turun dengan lebat sekali dan lama. Namun pada tahun ini, salji turun agak lambat dan tidak selebat tahun sebelumnya. Jika pada tahun pertama dan kedua, salji mula turun pada bulan November/Disember, pada tahun ini salji mulai turun dengan lebat pada 5hb Februari.


Kebetulan semasa sajli turun dengan lebatnya tu, hari tersebut merupakan hari minggu. Maka tanpa sebarang perancangan, kami dan beberapa rakan-rakan di sini telah bersepakat untuk bersledding di Furesø, Virum. Sledding ni merupakan satu aktiviti meluncur di atas permukaan bersalji (biasa bukit atau kawasan bercerun) menggunakan papan sled. Hampir 4-5 jam jugalah kami main sled tu. Seronok punya pasal sebab akhirnya salji yang ditunggu-tunggu telah turun memenuhi bumi Copenhagen. Eilman pun seronok juga dapat join main sledding. Beberapa video dan gambar aktiviti tersebut dilampirkan di entri ini.


Mungkin ini sahaja entri yang sempat saya cerita mengenai pengalaman terakhir kami merasa salji di Copenhagen ni. Nantikan pula insyaAllah, saya akan kongsikan pengalaman terakhir kami melalui musim bunga di bumi Viking ini (atau mungkin di tempat lain, hehe..) Adios..



3 comments:

  1. Dah nak balik.. tak sempat aku jalan2 g sana..

    ReplyDelete
  2. bila nak menetap di Jerman?..kalau nak datang melawat Copenhagen ni, ramai je kawan-kawan yang aku boleh recommmend untuk menjadi host..insyaAllah diorg sudi membantu dari segi penginapan dan lain-lain..

    ReplyDelete
  3. I chanced to be here and saw these beautiful pictures. How they take my memory way, way back in time, to the mid 1950's, the memorable journey - Bergen to Oslo, Gothernburg, Copenghagen and Odense; the train full of young and happy skiers and the snow glistening in the sun. Just imagine 50 years from today when you are likely to reminisce with tears in your eyes.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...