Sunday, March 11, 2012

Rejseplanen @ Journey Planner

This time I would like to share about a website (rejseplanen.dk) which is very important to properly plan your journey here around Copenhagen. You can also download the rejseplanen apps in your iPhones or Androids. Rejseplanen is a Danish word which means Journey Planner. I'm sure that there are similar sites in other European countries, at least for Paris I know they have this. So for anyone who are planning to come to Copenhagen anytime soon, I recommend you to use this website in order to plan your journey. I have been staying here for almost 3 years now and I'm still using it.


In order to use it, log in to the website and select the English language. Then fill in the departure and the arrival points. You can either enter the name of the station, stop, address or the phone number at the place (but I never use phone numbers before). After that, you need to also enter the date and time of departure or arrival. Then click 'Find Journey' to get the route suggestions. You will get a view like below. I entered from Holte Midpunkt to Danmarksvej stops at 8.00 on 12 March 2012. You can see that there are several route suggestions near the initial time that you entered and also the time duration of each routes. You can also click 'Show earlier departures' or 'Show later departures' to see suggestions of routes of earlier or later times. 



In the view shown above and below, you can further click 'SEE MORE' to see information about the detailed travel plans with maps, price of the journey and others. So it is very easy and convenient to use this website. I have it in my phone, so I can plan my journey anytime and anywhere in Copenhagen, provided that there are internet connection/free wireless around. Sådan !


Monday, March 5, 2012

Musim Sejuk Sudah Berakhir..

Bulan Februari telah melabuhkan tirainya menandakan berakhirnya musim sejuk di benua Eropah. Begitu juga di Denmark (di Copenhagen secara spesifiknya) di mana hari-hari kini sering disinari oleh sang mentari dengan suhu sekitaran antara 5-10 darjah Celsius dan putik-putik bunga juga sudah mula berkembang. Walaupun bagi individu yang tidak menetap di negara yang mempunyai 4 musim, suhu tersebut boleh dikatakan masih sejuk, bagi saya suhu seperti 8 darjah Celsius cukup panas dan selesa. Mungkin kerana setiap hari semasa musim sejuk, suhu yang di kerap dirasa di persekitaran adalah sekitar -2 hingga 2 darjah Celsius.


Apapun boleh dikatakan cuaca di Copenhagen ini unpredictable dan boleh jadi berlainan dengan apa yang diramalkan. Bila-bila masa sahaja suhu boleh berubah secara drastik. Mungkin minggu ini cuaca cerah dengan cahaya matahari terang benderang dengan suhu 8-10 darjah Celsius, namun minggu berikutnya boleh jadi suhu turun kepada 2-4 darjah Celsius dengan cuaca mendung dan angin sejuk bertiup sehingga boleh dirasa sehingga ke tulang. Namun inilah kuasa Allah Yang Maha Besar yang menciptakan langit dan bumi dan segala seisinya.


Bagi kami sekeluarga yang merantau di sini, pengalaman melalui musim sejuk pada tahun ini adalah yang terakhir kerana pada musim sejuk yang berikutnya insyaAllah kami akan kembali ke tanahair yang dicintai. Sudah tentu kami akan merindui pengalaman merasai sendiri musim sejuk di bumi Copenhagen ini. Alhamdulillah impian saya masa kecil untuk bermain dengan salji telah tercapai malah lebih baik lagi, pengalaman tersebut dapat saya kongsi bersama isteri dan anak. Pada 2 tahun pertama kami menghadapi musim sejuk di sini, sajli turun dengan lebat sekali dan lama. Namun pada tahun ini, salji turun agak lambat dan tidak selebat tahun sebelumnya. Jika pada tahun pertama dan kedua, salji mula turun pada bulan November/Disember, pada tahun ini salji mulai turun dengan lebat pada 5hb Februari.


Kebetulan semasa sajli turun dengan lebatnya tu, hari tersebut merupakan hari minggu. Maka tanpa sebarang perancangan, kami dan beberapa rakan-rakan di sini telah bersepakat untuk bersledding di Furesø, Virum. Sledding ni merupakan satu aktiviti meluncur di atas permukaan bersalji (biasa bukit atau kawasan bercerun) menggunakan papan sled. Hampir 4-5 jam jugalah kami main sled tu. Seronok punya pasal sebab akhirnya salji yang ditunggu-tunggu telah turun memenuhi bumi Copenhagen. Eilman pun seronok juga dapat join main sledding. Beberapa video dan gambar aktiviti tersebut dilampirkan di entri ini.


Mungkin ini sahaja entri yang sempat saya cerita mengenai pengalaman terakhir kami merasa salji di Copenhagen ni. Nantikan pula insyaAllah, saya akan kongsikan pengalaman terakhir kami melalui musim bunga di bumi Viking ini (atau mungkin di tempat lain, hehe..) Adios..



Pelajar-Pelajar Malaysia di Denmark

Baru-baru ini kami (sebahagian pelajar-pelajar Malaysia di Denmark) telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah group di Facebook yang diberi nama Pelajar Malaysia di Denmark (Malaysian Students in Denmark). Sebelum ini (pada 2009 rasanya) telah pun wujud satu group FB, Malaysians in Denmark. Namun disebabkan oleh group ini tidak diupgrade (apabila diminta oleh pihak FB), kurang mendapat sambutan dan mungkin juga kerana ia tidak fokus kepada pelajar, maka group baru telah dibuat dan alhamdulillah dengan komitmen yang diberikan oleh admin dan sokongan daripada pelajar-pelajar lain, insyaAllah group ini akan berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan.

Kredit gambar: www.crossed-flag-pins.com

Antara tujuan utama group ini dibuat adalah untuk memberikan sebarang bantuan dan jawapan kepada persoalan yang ingin diajukan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sambung belajar di Denmark dan apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti pengurusan keluarga di Denmark dan lain-lain. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi admin group tersebut di link yang telah diberi di atas dan beliau akan add anda ke dalam group tersebut. Seterusnya boleh la anda ajukan soalan, tapi sudah semestinya anda perlu mempunyai akaun FB.

Jika anda mahupun maklumat yang segera, sila hantarkan e-mail kepada alamat pelajarmalaysiadenmark@groups.facebook.com dan insyaAllah kami akan membantu. Anda juga boleh hubungi saya dan rakan-rakan saya (Imran & Solah) di blog mereka. Kami insyaAllah akan bantu jika kami mampu memandangkan kami hanyalah sukarela dan mungkin sibuk (tidak sempat buka blog atau FB). Di dalam group FB tersebut juga kami akan meyediakan bahagian FAQ yang memuatkan soalan-soalan yang sering di tanya oleh individu yang berminat dan ingin sambung belajar di Denmark. Alhamdulillah dengan wujudnya group tersebut ia telah pun memberi manfaat kepada beberapa individu yang merancang untuk sambung belajar di Denmark. Semoga usaha kita semua diberkati Allah S.W.T.

Saturday, March 3, 2012

Majlis Jamuan & Kesyukuran

Setelah sekian lama tidak menjadi tuan rumah untuk sebarang majlis makan-makan dan ramah mesra sesama masyarakat Malaysia di sini, pada Sabtu lepas kami sekeluarga telah menganjurkan Majlis Jamuan & Kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran putera kesayangan kami, Eilman yang ke-2. Majlis tersebut dianjurkan sebagai kesyukuran atas segala nikmat dan kemudahan juga ujian yang telah diberikan oleh-Nya di dalam membesarkan anak kami ini dan juga untuk bermesra di antara sesama kami, rakyat Malaysia di sini. Pejam celik rasa macam sekejap je masa berlalu, dah 2 tahun usia Eilman sekarang.


Sebagai tuan rumah, saya amat berbesar hati dengan kehadiran semua rakan-rakan yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan. Antara menu yang disediakan oleh tuan rumah dan dibantu oleh "chef-chef jemputan yang terkemuka di Copenhagen" ialah Mee Kari Holte, Nasi Putih, Ayam Goreng Berempah, Masak Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Patin, Daging Masak Gula Merah dan Pecal. Terima kasih juga kepada yang menyumbang kuih-muih seperti kuih bakar, karipap, pai epal, jeli, kuih lapis dan macam-macam lagi. Balik Malaysia nanti tak tau la bila lagi boleh makan pelbagai juadah macam ni. Selain itu, terima kasih kepada chef Ala dan sous chefnya Imran yang telah sudi untuk menyediakan kek harijadi Eilman, iaitu kek pelangi, special request daripada tuan rumah.


Majlis dimulai dengan makan-makan. Setelah kekenyangan, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek dan bacaan doa kesyukuran yang dibimbing oleh saudara Solah. Alhamdulillah kami bersyukur atas kelancaran majlis tersebut dan memohon maaf kepada semua rakan-rakan yang hadir (jika ada yang baca entri ini) jika ada sebarang kekurangan, salah dan silap.

Tuesday, December 27, 2011

Bonjour Paris !

Assalamu'alaikum kepada semua yang sudi menjenguk blog ni walaupun dah lama tidak dikemaskini. Pada entri kali ini, saya berminat untuk berkongsi cerita pengembaraan kami sekeluarga di bandar Paris, antara bandar yang terkenal di dunia. Di Paris, kami menginap di Hotel Ibis berhampiran dengan Stesen Porte de Clichy (Metro 13, RER C). Apabila sampai di Charles de Gaulle airport, sebelum menuju ke hotel, kami telah ke tourist information desk untuk mengumpul segala maklumat penting seperti peta bandar Paris, pelan keretapi (Metro dan RER) dan lain-lain. Semuanya adalah percuma. Selain itu, kami juga telah meminta nasihat daripada staf di sana tentang tiket yang paling sesuai/murah untuk dibeli untuk travel sekitar Paris memandangkan kami telah bercadang untuk hanya menggunakan public transport.

Pendapat saya mengenai sistem pengangkutan awam di Paris adalah tidak berapa sistematik. Untuk menukar daripada satu line ke line yang lain kadang kala agak menyusahkan kerana perlu naik dan turun tangga yang banyak. Tambahan pula, kami membawa baby stroller. Memang agak memenatkan untuk mengangkat stroller naik dan turun tangga. Jika ada elevator pun kebanyakannya rosak dan tidak boleh digunakan. Cuma agak lega sedikit kerana ada escalator di sesetengah stesyen. Apapun saya ingin puji kebanyakkan pengguna Metro/RER yang sudi membantu kami mengangkat stroller dan beg naik dan turun tangga. Merci ! Selain itu, papan tanda yang berada di sekitar stesyen juga kadangkala mengelirukan. Ada juga stesyen Metro yang tidak dilabelkan dengan jelas. Apa yang baik saya lihat adalah kekerapan dan ketepatan masa sistem keretapi awam di Paris. Paling lama kami pernah tunggu pun mungkin dalam 5 minit. Itu pendapat saya selama lebih kurang 5 hari menggunakan sistem pengangkutan di sana. Mungkin pendapat dan pengalaman orang lain berbeza.


Di Paris, tempat pertama yang kami kunjungi adalah La Defense. Di sini terdapat banyak bangunan-bangunan pencakar langit yang cantik dan kebanyakkannya baru dibina. Di bandar Paris kebanyakannnya adalah merupakan bangunan-bangunan yang lama dan juga tidak begitu tinggi. Kami ke La Defense untuk bertemu dengan rakan lama saya, Kamarul dan keluargannya yang bekerja di sana. Untuk ke sana kami telah menaiki keretapi ke Stesen La Defense (Metro 1, RER A). Di sana juga terdapat sebuah Christmas Market yang menjual pelbagai barang dan juga makanan.

Selain itu kami juga telah ke tempat di mana letaknya satu monumen yang juga agak terkenal di Paris iaitu Arc de Triomphe. Ia terletak berhampiran dengan Stesen Charles de Gaulle Etoile (Metro 1, 2, 6, RER A). Daripada situ, kami telah berjalan di sepanjang jalan yang juga agak terkenal di Paris iaitu Avenue des Champs-Elysees yang mana terdapat banyak kedai-kedai terutamanya barang-barang berjenama seperti Louis Vuitton, Swatch, Hugo Boss dan lain-lain.


Tidak sah rasanya kalau ke Paris tapi tidak singgah ke Eiffel Tower. Untuk ke sana, mula-mula kami menuju ke Stesen Trocadero (Metro 6, 9) di mana terdapat satu bangunan berhampiran (tidak pasti apa nama bangunan tersebut) yang mana kita boleh melihat Eiffel Tower dengan jelas dan juga sesuai untuk bergambar. Di sana juga terdapat banyak orang yang berkulit hitam yang menjual key-chain Eiffel Tower yang kecil. Ada yang jual 3 untuk 1 Euro dan ada juga yang jual 5 untuk 1 Euro. Mengikut tips daripada rakan-rakan saya, biasanya boleh dapat dalam 7 atau 10 untuk 1 Euro bergantung pada skill tawar menawar andalah. Kalau nak beli key-chain Eiffel Tower yang murah, di sinilah tempatnya. Daripada bangunan ini, kami telah berjalan menuju ke Eiffel Tower, ia tidaklah begitu jauh. Kami telah membeli tiket untuk menaiki Eiffel Tower tapi sampai platform 2 sahaja. Kami membeli tiket secara online untuk mengelakkan queue yang panjang giler untuk membeli tiket. Apabila anda telah mempunyai tiket, anda hanya perlu menunggu sebentar sahaja kerana pada tiket anda terdapat masa yang tetap untuk anda naik, jadi tidak perlu berebut walaupun sudah ada tiket. Pada pendapat saya, memang berbaloi kami dapat naik menara ni dan jika anda ke Paris, saya cadangkan supaya anda juga tidak melepaskan peluang. Suasana sekeliling di sekitar menara Eiffel ni memang menarik.


Pada hari ke 3, kami telah berkunjung ke Muzium Louvre berhampiran Stesen Palais Royal Musee du Louvre (Metro 1) , yang merupakan sebuah muzium seni yang menyimpan satu lukisan yang terkenal iaitu lukisan Mona Lisa oleh Leonardo Da Vinci. Antara ratusan bahan pameran, lukisan Mona Lisa ni merupakan bahan yang paling ramai orang datang melihat dan juga dikawal dengan rapi. Kami tak sempat tengok semua bahan pameran di sana kerana terlalu banyak walaupun telah mengambil masa hampir 4 jam. Pada penghujung hari pula, kami telah berkunjung ke Sacre Coeur Basilica (berhampiran Stesen Anvers, Metro 2) sebuah monumen yang terletak di atas bukit Montmarte. Untuk menaiki puncak kami telah menaiki kereta kabel. Di atas puncak, anda boleh melihat keseluruhan bandar Paris. Kami telah membeli kebanyakkan cenderahati di sini kerana di sini merupakan antara barang cenderahati yang termurah yang boleh didapati di bandar Paris. Jadi ini merupakan antara tempat yang berjaya kami kunjungi. Nak pergi banyak tempat tak terlarat pula, apapun boleh dikatakan puas hati juga kerana hajat selama ni nak datang Paris ni dah tercapai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...