Saturday, July 31, 2010

Jalan-Jalan Malmö, Sweden

Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga bersama beberapa rakan kami yang lain telah berkunjung ke Malmö, Sweden. Daripada Copenhagen, kami menaiki keretapi terus ke Malmö yang mengambil masa hanya 35 minit melalui jambatan Øresund yang menghubungkan antara Denmark dan Sweden. Tujuan kami ke sana adalah yang pertama untuk memenuhi jemputan rakan kami, Tazril (pelajar Malaysia di Malmö) sempena International Week yang dianjurkan oleh universitinya dan juga yang kedua untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Malmö memandangkan kami belum pernah ke sana. Di sana juga kami telah bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain yang sedang belajar di Malmö dan juga Lund.
Bagi saya, tiada apa yang begitu menarik di sana melainkan laluan kedai-kedai seperti yang terdapat di Stroget, Denmark dan juga bangunan City Hall yang lama. Malah, masih banyak kedai yang belum dibuka walaupun telah 10.30 pagi. Walaubagaimanapun, harga-harga barangan di sana lebih murah berbanding dengan yang dijual di Copenhagen. Terdapat juga sebuah pasar yang mirip Pasar Tani di Malaysia yang menjual pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang murah. Kami membeli 3 kg pisang pada harga SEK 10 dan buah ceri yang sangat manis pada harga SEK 15, 0.5 kg. Di program International Week tersebut pula, pelbagai juadah daripada pelbagai negara telah disediakan oleh pelajar-pelajar universiti berkenaan di samping pelbagai persembahan kebudayaan. Sebelum pulang ke Copenhagen, kami sempat 'mengeteh' ramai-ramai di McD memandangkan agak sukar untuk mencari kedai mamak di sana. haha!

1 comment:

  1. salam,sy student dari morocco.nanti nak travel ke stockholm sweden,sy nak tanya doktor ada x contact atau fb student malaysia yang belajar dekat stockholm?terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...