Sunday, July 11, 2010

Petani di Ladang Stroberi

Semalam saya sekeluarga bersama dua lagi rakan kami telah berkunjung ke sebuah ladang stroberi di Smørum untuk aktiviti strawberry picking. Memang sejak tahun lepas lagi saya dah mengidam untuk memetik stroberi ni cuma baru sekarang berkesempatan. Sebelum ni selalu tengok gambar rakan-rakan lain yang berada di perantauan memetik stroberi. Tambahan pula, ada yang mengatakan bahawa stroberi yang baru dipetik tu rasanya manis. Kalau yang dibeli dikedai tu takdela manis sangat kan.
Daripada Holte perjalanan kami melalui Lyngby ke ladang tersebut mengambil masa lebih sejam. Sampai di perhentian bas terakhir, kami terpaksa berjalan sejauh 700 meter untuk sampai ke destinasi, melalui ladang gandum. Kebetulan pula semalam merupakan hari yang terpanas tahun ini di Copenhagen dengan suhu 27 darjah Celsius huhu. Orang Malaysia baca ni tergelak je kot, sana panasnya 33-35 darjah Celsius hehe.

Untuk memasuki ladang ini tiada bayaran dikenakan, cuma bayar untuk berapa banyak stroberi yang dipetik yang ingin dibawa pulang. Harganya DKK 25 sekilo, kira murah jugala tu. Tapi untuk stroberi yang dipetik tetapi terus dimakan, tidak perlu bayar pula hehe. Maka banyak juga la stroberi yang kami makan terus di ladang. Terbaik daripada ladang wok ! Tapi rasa stroberi yang baru dipetik tu takdela manis sangat, lebih kurang juga dengan di kedai. Mungkin lebih manis sikit kot. Cuma rupa stroberi di ladang berbanding di kedai tu lebih cantik berkilat dan besar. Hampir 2 kilo jugalah kami bawa pulang. Lagi satu, bekas untuk isi stroberi tu kena bawa sendiri.

Selain stroberi, terdapat juga buah epal, kacang peas dan juga ubi kentang di ladang tersebut, namun hanya stroberi yang dibenarkan untuk dipetik. Lagipun buah epal di padang tersebut masih kecil lagi. Kalau ikutkan memang penat jugalah dengan cuaca yang panas, memetik stroberi di bawah panas matahari tanpa awan, tapi apa yang seronok ialah pengalaman memetik stroberi tu. Ye la sebelum ni nampak di kedai je, tapi sekarang dah adala juga pengalaman memetik terus daripada ladang. Cuma lain kali kena pastikan bawa bekas untuk isi stroberi yang sesuai sebab ia akan menjadi berair dan lembik disebabkan panas dan berkuap. Di Malaysia ada ke aktiviti untuk rambutan atau durian picking ? hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...