Saturday, June 19, 2010

Copenhagen-Shanghai-Kuala Lumpur..

Menjelang penghujung April 2010, saya dah mula sibuk untuk menyiapkan manuskrip untuk dihantar ke persidangan PPEPPD yang akan diadakan di Suzhou, China. Tambahan pula menjelang minit-minit terakhir baru results yang betul-betul memuaskan diperolehi. Penyelia pun selalu bertanya mengenai bila draf pertama akan dihantar kepadanya untuk diperiksa. Setelah pembetulan demi pembetulan, akhirnya manuskrip tersebut telah berjaya dihantar beberapa jam sebelum tarikh/masa terakhir untuk menghantar manuskrip. Tetapi rupa-rupanya tarikh akhir tersebut telah dipanjangkan seminggu lagi huhu. Tapi takpelah, yang penting manuskrip tersebut telah selamat dihantar. Dalam pada nak siapkan manuskrip tu, kena juga hantar dan siapkan poster dan slaid pembentangan untuk CAPEC Annual Meeting. Aduhai, memang penat sampaikan tidur pun kadang-kadang 2-3 jam je.
Jadi pada 16-21 Mei yang lepas saya (isteri dan anak berada di Denmark huhu) telah menghadiri persidangan PPEPPD 2010 di Suzhou, China. Daripada lapangan terbang Shanghai, kami (peserta) dibawa ke Suzhou yang jaraknya lebih kurang 200 km. Ini merupakan negara Asia kedua selepas Singapura yang pernah saya kunjungi. Saya berpeluang melihat keadaan sekeliling Shanghai dan Suzhou daripada perjalanan saya ulang alik antara Shanghai dan Suzhou dan tour yang dibawa oleh pihak penganjur di sekeliling Suzhou. Ternyata segala tulisan yang kelihatan adalah tulisan Cina. Kebanyakan masyarakat tempatan pula tidak tahu atau tidak mahir berbahasa Inggeris. Jadi kalau tersesat di China, ada harapan untuk bertambah sesat hehe. Sehinggakan setiap peserta ada dibekalkan nota dalam bahasa Cina yang menyatakan 'sila hantar saya ke Hotel Dongshan (hotel tempat kami menginap)' untuk diberikan kepada pemandu teksi jika tersesat atau ditinggalkan bas (yang disediakan penganjur) semasa di lapangan terbang.

Di persidangan ini, saya dapat berkenalan dan bertemu dengan ramai penyelidik yang bekerja dalam bidang chemical engineering thermodynamics dan phase equilibria dan juga mendengar pembentangan-pembentangan yang menarik daripada mereka. Tapi tidak banyak penyelidikan yang benar-benar serupa dengan apa yang saya lakukan ketika ini. Namun saya dapat melihat kepelbagaian penyelidikan di dalam bidang PPEPPD ini. Di sana, saya hanya membentangkan sebuah poster. Ada la juga 2-3 orang yang berminat dan bertanya lebih lanjut mengenai projek tersebut. Apapun persidangan seperti ini penting kerana kita dapat mendengar pelbagai komen dan cadangan mengenai projek kita, juga belajar menyampaikan dan juga mempertahankan penyelidikan yang kita jalankan. Melalui persidangan ini juga (special edition), saya berpeluang untuk menghantar satu manuskrip ke sebuah jurnal antarabangsa. Harap-harap jurnal tersebut diterima. Penerbitan jurnal merupakan satu ukuran yang penting bagi sesebuah projek PhD.
Setelah persidangan tersebut tamat, saya mengambil kesempatan untuk pulang ke tanahair setelah setahun lebih merantau ke Denmark. Alang-alang dah dekat, baliklah sekejap untuk recharge semula, lagipun supervisor pun dah bagi greenlight. Cuma yang tak seronoknya saya pulang seorang sahaja, anak dan isteri masih di Denmark. Nak buat macamana, saya hanya boleh pulang 5 hari sahaja sebab ada annual meeting pada 1-3 Jun di Denmark. Sempat jugalah berjumpa beberapa rakan baik dan juga melepaskan rindu dengan makanan-makanan dan suasana di Malaysia. Sebaik sahaja kapal terbang mendarat di bumi Malaysia, terasa begitu seronok. Maklumlah, tak pernah berjauhan dengan negara tercinta ni. Walaupun hanya 5 hari, namun saya merasa puas dapat pulang ke tanahair. Cuma sedih sikit tak dapat bawa keluarga bersama. Sebenarnya Mak dan Abah saya berhajat untuk melihat cucu mereka di Denmark, maka kami merancang untuk sama-sama ke sana.

Maka pada 27 Jun 2010, saya bersama Mak Abah bertolak Denmark. Pulang ke Denmark saya kena bersiap sedia untuk annual meeting pula. Untuk meeting ini, sebagai pelajar di CAPEC saya perlu membentangkan progress terkini projek PhD. Annual meeting ni penting kerana ia merupakan salah satu platform untuk pelbagai penyelidikan di research center ini disampaikan kepada industri yang kebanyakannya merupakan ahli konsortium CAPEC. Pelbagai komen dan cadangan yang membina juga telah saya perolehi semasa program tersebut dijalankan.

Itulah antara aktiviti yang sempat dilakukan dalam tempoh 2 bulan ni. Sepanjang tempoh Mak dan Abah di Denmark, saya lebih suka untuk menghabiskan masa bersama mereka daripada menulis blog. Tambahan pula musim bola World Cup dah bermula sekarang hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...