Saturday, June 19, 2010

Berpindah ke Apartment Baru...

Hmm seperti biasa saya selalu sahaja sukar untuk terus menerus menghantarkan sebarang entri untuk blog ini. Bukan sukar dari segi talian internet tetapi agak sibuk dengan pelajaran/tugas ditambah pula dengan kekurangan semangat (semasa kelapangan) untuk mengemaskini blog ni. Seperti biasa juga saya suka untuk menceritakan atau berkongsi peristiwa menarik/penting yang berlaku sejak entri sebelumnya sehingga sekarang.
Sejak 1 Mei 2010 yang lalu kami sekeluarga telah berpindah ke apartment yang baru di Holte. Sebelum ni, kami tinggal di Lyngby (1 April 2009-30 April 2010). Sebenarnya kami dah perbaharui kontrak apartment di Lyngby tu bermula Februari hingga Disember 2010, tetapi tiba-tiba tuan rumah memberikan notis sebulan kepada kami bermula 1 April 2010 untuk mengosongkan rumah atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Maka terpaksalah kami mencari rumah baru.

Dengan masa yang ada, agak kelam kabut jugalah nak mencari rumah baru tu. Tapi Alhamdulillah hampir menuju ke hujung bulan semakin banyak pilihan apartment untuk kami pilih dan akhirnya kami memilih untuk tinggal di Holte. Dekat dengan kedai-kedai, bank, pejabat pos, klinik, 9 minit perjalanan ke stesen keretapi, 3 minit ke perhentian bas terdekat dan hanya 15 minit menaiki bas ke universiti. Cuma apartment sebelum ni fully furnished tapi apartment yang ini tidak. Maka kenalah beli perabot dan peralatan yang diperlukan di IKEA. Di sini di IKEA sahajalah antara tempat yang barangnya murah.

Kepada rakan-rakan yang telah membantu kami berpindah tempoh hari, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tanpa bantuan anda semua, maka agak sukarlah untuk kami berpindah. Terima kasih kepada yang membantu memandu van, mengangkat barang-barang naik turun apartment, menyediakan makanan, membeli barangan di IKEA dan memasangnya dan apa-apa sahaja bantuan yang telah anda berikan. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada anda semua.

Setelah hampir 2 bulan di Holte, Alhamdulillah kami gembira tinggal di sini. Keadaan di sini juga lebih tenang berbanding di Lyngby yang agak sibuk dan ramai orang. Kepada rakan-rakan di Denmark yang belum singgah lagi tu, jemput bertandang ke rumah kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...