Tuesday, October 27, 2009

Pelajar Zaman Sekarang ?

Kali ini saya rasa terpanggil pula nak tulis mengenai keadaan segelintir pelajar-pelajar zaman sekarang. Segelintir je bukan semua. Tidak pasti pula jika dulu-dulu pun berlaku. Keadaan apa?. Keadaan di mana pelajar tidak menghormati cikgu, guru mahupun pensyarah. Ada seorang kawan saya yang merupakan seorang guru menceritakan (di dalam blognya) perihal anak muridnya (pelajar sekolah menengah) yang kurang ajar melawan kembali nasihat yang diberikannya kerana membuat bising. Apa sudah jadi? Jika cikgu nak pukul, nanti ibu bapa marah dan jadi kes pula. Tidak ada carakah untuk mengajar mereka untuk berkelakuan baik?

Ini pelajar sekolah menengah, bagaimana pula jika pelajar di universiti. Ada rakan saya (yang juga seorang Pensyarah di UTM) bercerita kepada saya tentang perihal anak muridnya yang menulis perkara yang tidak baik mengenai dirinya (seperti mengejek dan juga rasa bagai ingin meletakkan pistol di kepala) di dalam blognya hanya kerana beliau bertegas di dalam kelas dan juga semasa peperiksaan. Jika dibuat laporan polis, boleh dikenakan tuduhan ugutan bunuh! Baru-baru ini pula, komen yang saya baca di dalam laman muka buku mengenai ketidakpuashatian seorang pelajar terhadap panel pensyarah yang memberi komen semasa pembentangan Projek Sarjana Mudanya dengan tuduhan perasan hebat dan bodoh sombong . Mengapa di hadapan pensyarah mereka bersikap baik namun di belakang bercakap dan menulis bermacam-macam yang buruk mengenai pensyarah mereka. Tambahan lagi hanya menyatakan nama apabila pelajar-pelajar ini bersembang mengenai pensyarah-pensyarah tertentu (tiada Dr., Prof., atau Encik) seperti keadaan di luar negara (yang bagi masyarakat kita agak kurang sopan).
Apapun yang dilakukan oleh cikgu, guru dan pensyarah semua, saya yakin semua dilakukan demi kebaikan pelajar-pelajar itu sendiri. Kejayaan setiap pelajar mereka semestinya menjadi idaman mereka. Mereka akan cuba melakukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka. Memang tidak dinafikan cikgu, guru dan pensyarah ini ada kelemahannya mungkin dari segi pengalaman dan ilmunya serta sikap mereka namun itu bukan ruang untuk kita sebagai pelajar untuk bertindak sesuka hati mengikut perasaan muda kita. Pendidik juga mempunyai pelbagai cara untuk mendidik pelajar mereka samada secara lembut dan juga tegas. Kadang kala cikgu/guru /pensyarah mendidik dengan cara yang tegas. Jika tegas pun tidak bermakna mereka benci/tidak suka/nak menjatuhkan pelajar mereka.

Tambahan pula, daripada mereka jugalah pelajar menuntut ilmu sehingga berjaya di sekolah dan menara gading dan seterusnya bekerja. Jika akhirnya pelajar ini melawan cikgu/guru/pensyarah mereka samada secara terang atau sembunyi, di mana berkat ilmu mereka. Walaupun sebagai pelajar ada ketidakpuastian, masih ada banyak cara yang baik untuk menyatakannya kepada cikgu/guru/pensyarah mereka dan seterusnya berbincang. Maka dengan itu mereka juga boleh berubah sikap berdasarkan pengalaman. Mungkin juga ada sesuatu yang hendak dinyatakan oleh pendidik tersebut disebalik teguran dan ketegasannya, siasatlah dulu sebelum berkata apa-apa. Berlapang dadalah dalam menuntut ilmu. Maka ingatlah semua yang bergelar pelajar, hormatilah cikgu/guru/pensyarah anda demi kejayaan dan kesejahteraan hidup anda. Berdoalah kepada Allah S.W.T agar hati kita dibersihkan daripada sikap sebegini.

p/s: Saya menulis berdasarkan apa yang berlaku disekeliling saya. Saya tidak kisah dipandang rendah oleh pelajar, cuma saya risaukan keadaan pelajar-pelajar ini dengan ilmu mereka yang tidak berkat (jika bersikap tidak baik terhadap cikgu/guru/pensyarah yang berniat baik).

6 comments:

  1. betui2..huhu
    Budak2 la ni..mmg haru!

    bab2 berkat ni, klw time aku dulu, hingga kini insyaAllah..sgt la di titik berat kan...hoho.

    Masa degree dolu2,
    even subjek tu x berapa nk phm pun,
    ttp jgn ponteng,
    sbb nk kan berkat dari pendidik..
    hmm

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    sekarang,ramai yang tak memahami konsep keberkatan dalam menuntut ilmu.kalau tahu pun ,kurang yang amalkannya.
    berdasarkan pengalaman saya,ada yang sederhana pelajarannya,(seorang yang menitikberatkan keberkatan dalam menuntut ilmu)tapi beberapa tahun bila bertemu kembali,dia antara pelajar cemerlang dalam bidangnya.

    ReplyDelete
  3. itu dah jadi perkara normal bagi seorang guru.. aku yg jugak penah jadi guru sekolah menengah mahupun sekolah rendah.. yg baru je masuk 2 tahun mengajar. tapi aku lalui perkara begitu. tapi sekarang aku bahagia jadi guru. sebab anak murid aku semuanya manusia istimewa. InsyaAllah diorg tak kurang ajar mahupun melawan kata guru. itu lah bertuahnya mengajar murid-murid OKU berbanding manusia yg dicipta dengan akal yg cukup sempurna.

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua atas komen anda..

    ikin: kalau tak paham pastu ponteng, lagi susah tu hehe..kena selalu berjumpa dan berbincang dengan cikgu/guru/pensyarah baru faham..

    ummu masyita: betul..nak menuntut ilmu ini kena sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal..jika usaha tidak berkat bagaimana nak mencapai kejayaan dalam hidup di dunia dan di akhirat..

    anonymous: harap faham apa maksud sebenar yang ingin saya disampaikan di sini..perkara normal tu lah yang kita tak boleh biarkan berlarutan..maka apakah peranan kita sebagai pendidik?..kenalah bagi nasihat dan peringatan..adakah belajar itu setakat paham, ambil peperiksaan dan lulus sahaja?..baca ayat terakhir saya dalam luahan di atas..

    ReplyDelete
  5. saja nak kongsi pengalaman. dulu saya kena perkataan "bullshit" dan "rubbish" masa bentang PSM. tapi, saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk buktikan pada panel tu yang saya akan buat lebih baik dan tak akan kena lagi perkataan maut tu pada pembentangan kedua. so, PSM 2, saya dapat impress dia dan dia pun xbanyak soal dan alhamdulillah PSM sy dapat A, berbanding PSM 1, A-. Dalam apa jua, kita kena fikir secara positif..dia guru, dia lebih mengetahui.

    ReplyDelete
  6. ahmad, tahniah utk anda..saya suka sikap anda..mmg, guru itu lebih mengetahui daripada segi pengalaman dan pengetahuannya..walaupun sy sgt xsetuju perkataan2 spt itu keluar dp pensyarah..org yg berkata spt itu tidak layak bergelar pendidik..anda bernasib baik kerana kesannya anda dapat terus dlm PSM 2..kadang kala kesan baik dp ilmu yg berkat mungkin kita dpt beberapa thn lps itu dan mungkin ada 10 thn selepas itu bila kita berjaya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...